◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, March 02, 2011

Kawan dan Sahabat itu...



Salam,hai blog ! Ok hari ni kita akan berbicara tentang KAWAN. Kawan ? Apa tu kawan ?. Kenapa mesti ade kawan ? SAHABAT. Apa beza kawan dan sahabat ? Penting sangat ke semua tu ? Hmm.. Banyak perkara yang boleh ditulis bila kita bicara soal kawan dan sahabat.

Kawan.. Bagi aku kawan kuantitinya ramai ... Kita berkawan dengan sesiapa je. Kawan lebih kepada hubungan yang umum .. Tidak perlu menceritakan segala hal kepada kawan .. Tetapi berbeza pula dengan namanya Sahabat . Sahabat adalah insan yang paling rapat dengan hidup kita.. diri kita .. selain daripada ahli keluarga .. Kuantiti sahabat pulak tidak seramai kawan .. Tak semua kawan boleh sahabat tapi semua sahabat adalah kawan.. Hurm.. Am i right ? 

Ok .. Berbalik pada isu pertama : Kawan .. Orang selalu kate kawan ketawa itu ramai tapi kawan menangis susah dicari .. Macam2 kaler kawan2 ni .. Kita mula mengenal erti kawan apabila kita mula melangkah ke alam persekolahan .. di situ kita boleh membezakan kaler2 yang terdapat pada insan bergelar kawan . Tak lengkap kehidupan tanpa kawan ! Di kala kita susah dan senang,kawan akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu .. Kawan tak mengenal bangsa dan agama .. Dengan semua orang kita berkawan .. dan dari kawanlah kita bertemu sahabat ..

Sahabat .. Sahabat di cari bukan dalam masa yang singkat. Hubungan persahabatan bermula dari kawan .. sebab mase kita berkawan kita akan tahu siapa yang pantas menjadi sahabat.. Sahabat bersama ketika susah dan senang..jujur dan ikhlas .. Selalunya sahabat akan menjadi tempat kita berkongsi masalah .. Tapi awas ! jangan sampai sahabat yang kita punya mengkhianati kita.. begitu jugak kawan ! Musuh dalam selimut,duri dalam daging,gunting dalam lipatan ... Ada jugak kawan yang cemburu melihat persahabatan kawannya dengan orang lain sehingga menghalalkan segala cara untuk merosakkan hubungan itu ..





Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Pertelingkahan dalam persahabatan atau kawan adalah perkara biasa .. semua itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana menghadapinya ..  Malahan dalam Islam ade menyatakan :
"Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat..."
Sahabat sukar di cari .. Dan apabila diketemukan jagalah ia sebaik mungkin kerana apabila retak sukar untuk dicantum semula. Sekiranya boleh dicantum pun tidak akan sama dengan yang dulu.. Persahabatan jugak kadangkala berakhir dengan percintaan tapi percayalah hubungan persahabatn itu lebih indah dibandingkan dengan percintaan..Setiap persahabatn itu mungkin akan berakhir dengan percintaan tapi tak semua percintaan itu berakhir dengan persahabatan.. Kalau itu terjadi percayalah,keakraban anda selepas putus bercinta tidak akan sama dengan yang sebelumnya iaitu semasa anda bersahabat..

Bersahabat dan berkawanlah dengan seberapa ramai yang anda mahu tapi berkasih hanya seorang ! heheh...

So,Mujhse Dosti Karoge ? ^_6

No comments:

Post a Comment