◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, May 02, 2012

Aku dan Asrama


Salam, alhamdulillah hari ni masih berkesempatan untuk berada di blog ni. Semalam aku ada cakap nak sambung tentang asrama . hehe . Tak banyak sebenarnya cerita tentang asrama sebab aku tak banyak sangat pengalaman tinggal di asrama. Dulu pun time sekolah, aku tinggal di asrama hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan je. Tak sampai pun 5 bulan. Entahlah , aku memang tak suka tinggal asrama. Bukan sebab aku tak nak berdikari atau masih nak bergantung dengan keluarga aku tapi aku taknak berjauhan dengan mereka. Mungkin bila dengar macam mengada-ngada but thats the reality! Dalam fikiran aku, aku selalu fikir sekiranya terjadi apa-apa pada ahli keluarga aku dan aku tiada di saat itu , bagaimanakah.

Teringat peristiwa yang terjadi 2 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih berada di tingkatan 5. Dugaan datang melanda kami. Makwe(nenek) kesayangan kami telah dipanggil menghadap Illahi. Dan ketika itu akak aku berada di Matrikulasi manakala adikku pula berada di sekolah asrama. Menerima berita kehilangan makwe ku, pasti mengejutkan akak aku. Dan adikku, tidak dapat pulang ke kampung untuk melihat kali terakhir arwah makweku kerana keesokkan harinya adikku terlibat dengan peperiksaan percubaan PMR. Ya Allah ,kalau aku  berada di tempat mereka pasti aku tak kuat menghadapinya. Sebab tu aku tak suka asrama.

Selain tu,masa aku tinggal di asrama adalah terjadi perkara pahit yang aku terpaksa lalui. Yang pasti aku takkan lupakan hal tu sampai bila-bila. Berada di Matrikulasi, persepsi ku sedikit demi sedikit berubah mengenai asrama. Walaupun begitu, aku tetap tidak suka tinggal di asrama. Tiap-tiap minggu aku pasti akan pulang ke rumah.Sekiranya terlibat program , terpaksalah aku menunggu sehingga program tu tamat. Kadang-kadang tu tak ada peluang nak balik ! Sedih ! Entahlah , mungkin  betul juga. Aku terlalu manja dengan keluarga hinggakan tak sanggup berjauhan dengan mereka. Namun adakala apabila aku sibuk dengan tugasan harian, perasaan sedih tu hilang.Namun tika bersendirian,aku lebih gemar menghabiskan masa dengan mendengar lagu. Tak adalah aku terlalu memikirkan rumah dan keluarga.Berbual-bual dengan rakan-rakan juga membuatkan aku kurang memikirkan rumah.

Sebenarnya tak susah tinggal di asrama. Kita hanya perlu menguruskan diri kita sendiri dan belajar. Bergaul dengan kawan-kawan akan lebih membantu kita menghadapi situasi di asrama. Bila berjauhan dengan keluarga,rakan-rakanlah insan yang perlu kita ada untuk kita menghadapi apa jua yang berlaku. Namun adakalanya kita tak boleh terlalu bergantung sepenuhnya dengan rakan kita. Tapi tak semestinya tinggal di asrama baru boleh belajar berdikari. Tinggal di rumah pun boleh. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri. Bila kita kata kita tak suka tapi at last bila kita meninggalkan asrama, kita pasti akan merindui saat-saat itu kembali. Asrama mahupun rumah , kalau niat di hati nak belajar, boleh aje. Yang penting kita selesa dengan tempat yang kita tinggal . Kalau kita tension, susah jugak. Silap-silap datang penyakit lain pula. Yang penting sentiasa ingat Allah. Sesulit manapun kita rasa,Allah tetap ada membantu kita. Oklah nanti kita sambung lagi...

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment