◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, May 04, 2012

Janganlah begitu kawan ! Maafkan :)



Salam , hari ni macam ada banyak benda nak cakap . Tapi ada satu ni yang sangat menarik perhatian aku. Sebagai manusia yang telah Allah ciptakan dengan begitu sempurna kita memang takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Baik dari segi perbuatan mahupun tutur kata . Aku pun sebagai manusia , dalam kehidupan seharian mesti ada perbuatan atau tutur kata aku yang secara tidak sengaja menguris hati orang lain. Inilah yang dinamakan realiti kehidupan yang mesti kita harungi. 

Sebagai manusia, kita takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Itu yang pasti! Dan kesilapan itu yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dalam apa jua tindakan kita. Janganlah dengan mudah kita menjatuhkan hukuman ke atas orang lain disebabkan kesilapan yang pernah dia lakukan dahulu.. Teringat cerita rakan aku,Adam(bukan nama sebenar).Rakan-rakannya tidak mahu berhubung dengannya dan adakalanya tika berhubung pasti akan ada percakapan mereka yang mengguris hati Adam. Semua itu gara-gara perbuatan Adam yang suatu ketika dulu menimbulkan perasaan kurang senang di hati rakan-rakannya.. 

Memang rakan-rakannya itu berhak begitu kerana mereka merasakan Adam itu bersalah . Tapi ingat! Sebagai manusia , kita tak boleh menghukum sewenang-wenangnya seseorang itu atas apa yang dilakukan. Cuba memaafkan dan menerima kehadirannya dalam kehidupan kita . Teruskan hubungan sebagai kawan yang telah terjalin. Bukankah kita sering kali mendengar bahawa sekali kita berkawan,selamanya kita adalah kawan. Ingat! Kita juga pasti ada melakukan kesilapan yang tanpa kita sedari.Cuba kalau kita berada di tempat Adam, pastinya apa yang dirasai Adam turut kita rasaikan. Janganlah begitu kawan! 

Nabi bersabda,
 "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)


Allah sendiri mengampunkan hambanya.. Rasulullah sendiri memaafkan umatnya.. Kenapa tidak kita? Manusia biasa yang dijadikan Allah untuk taat kepadaNya. Aku sendiri akui memang rasa susah nak memaafkan orang lain apatah lagi jika orang tu buat something yang kita rasa sakit hati sangat tapi tak salah kalau kita cuba.. 

Cuba memaafkan...Memaafkan lebih baik dari berdendam. InsyaAllah hati kita akan rasa lebih tenang dan tenteram. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk bersedia memafkan insan lain dan berilah kami ketenangan di dalamnya...Amin...

p/s : Menarik untuk dikongsi bersama,

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment