◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, February 09, 2011

BENCI: Kenapa mesti ada benci ?

BENCI ? Satu perasaan yang ada dalam diri setiap insan bergelar manusia. Lumrah kehidupan. Dalam setiap perhubungan sama ada cinta atau persahabatan,pasti kadangkala wujud rasa benci. Benci itu wujud disebabkan sesuatu hal atau perkara yang membuatkan kita rasa sakit hati yang tersangat2 sehingga membawa kepada kebencian. 

Benci juga boleh hadir dalam diri setiap insan pabila diri rasa ditipu dan dipermainkan. Benci juga boleh hadir di saat kita melihat sesuatu keburukan dan kemungkaran. Semuanya terpulang kepada diri individu terbabit.Namun harus diberi perhatian.
"Perasaan benci dan marah boleh berjangkit-jangkit."
Benci kalau kita lihat rasa benci itu dari sudut pandang yang positif kerana ia akan membawa kebaikan dalam diri seseorang. Contohnya,kita benci melihat kejahatan,benci melihat kemungkaran,benci melihat kekotoran,benci kepada kemalasan,benci kepada syaitan. Apabila benci yang sebegini ada dalam diri kita,ia akan membawa kita menyusuri jalan yang benar. Sekiranya kita mengatakan kita benci kepada syaitan..Pasti kita akan taat dan patuh pada perintahNya kan..Kita akan meninggalkan segala perkara buruk dan mendekatkan diri kepadaNya..Dalam masa yang sama kita sudah terhindar dari pelbagai perkara buruk dek kerana rasa benci itu.


Tapi kadangkala benci ini akan membawa kemudharatan.Maksudnya benci yang membawa seseorang itu ke jalan yang salah yakni benci dari sudut negatif.Natijahnya sangat la berbahaya.Tamsilannya,kita benci sahabat baik kita kerana dia telah melakukan perkara yang menyakitkan hati kita lantas kita membalas dendam.Nah!!! di situ lah bermulanya impak yang buruk.Kita benci kerana lelaki itu mempermainkan cinta kita lantas mengambil keputusan membalas dendam dengan cara mencederakan lelaki tersebut.Itulah yang dinamakan benci yang membawa kemudharatan..

Kita merasa benci..Sebenarnya tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati kita sendiri..Orang lain tidak akan rasa benci yang kita rasa makanya mereka hanya tenang melewati hari-hari mendatang sedangkan kita mensia-sia hidup dengan rasa benci ini.Masa umpama emas itu dibiarkan berlalu tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.betapa ruginya kita di situkan..Dalam Islam juga ada menyebut...
"Bencilah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin satu hari nanti ia kan menjadi perkara yang kamu suka..dan cintailah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi perkara yang paling kamu benci.."
Maknanya kita janganlah merasa benci atau suka pada sesuatu benda berlebih-lebihan..
Rasulullah ada bersabda:
" Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
[HR Abu Said Al-Khurdi ]
Benci dan marah itu bergerak seiring. Benci juga boleh menghilangkan rasa sayang yang telah lama terjalin.Bahaya sungguh benci.Tanpa rasa benci tidak akan adanya cinta kerana perbezaan benci dan cinta itu sangat tipis.. hurm??Sekiranya kita bijak menguruskan rasa benci itu,ia kan menjadi baik..sekiranya tidak "lu pikirlah sendiri.."..ehhehhe..
Ingat! hati kita cuma ada 1 hati.Jangan disakiti hati itu dengan rasa benci..Cubalah memaafkan antara satu sama lain walaupun perit sekalipun.Walau sebesar mana dan selama mana benci dan marah di hati,suatu hari ia akan hilang..namun tak dapat dinafikan parutnya itu tetap ada..And kalau kita benci dengan seseorang bila bertemu senyum je... ^^


 ***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment