◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, April 06, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 3

Salam,


Alhamdulillah. Sampai pun the last part. Seriously. Ni memang the last part. Entry kali ni lebih banyak berkongsi gambarlah daripada membebel semua. Atau mungkin sama je banyaknya.Balance okay. hehehhe


*Entry Part 3: Last memang panjang. 
Sabar dan teruskan membaca. 
Thankyou :-*



Lepas sampai rumah je, kak Shira terus bersiap-siap. Kawan kak Shira pun ada. Kak Ayu and Kak Kyra. Happening giler akak2 ni. Baru jumpa masa ni tapi aku selamba badak je dok gurau semua. Hahaa. Mungkin sebab akak-akak ni peramah and ceria orangnya. Merekalah yang tolong kak Shira bersiap. Memula je aku macam memalu sikit. Lepas tu keluaq perangai gila aku nih. 


Yang tudung purple tu namanya Kak Shakira. Yang sebelah kri, kak Ayu. Yang cantik tengah bersiap nilah kak Shira.. ^_^

Tadaaa !!! Muka macam pernah tengokkan? Ni lahh Princess of the day. Atau mungkin memang princess pun sebab she is so beautiful. Gorgeous. Suka sangat tengok kak Shira nih. Pakai apapun cantik je. Jelesss.. kbai. *Hand bouquet tu DIY by Laluna.* 


See? Very very beautiful. Superb beautiful. Waarghh. Bestnyaaa. Ni sahabat sejati namanya. Suka gambar ni. Sweet. 

Aku bersiap sesimple yang bolehlah. Malas nak over sangat. Sebab memang tak confident langsung pakai dress labuh yang aku bawak tu depan orang ramai exspecially depan kaum kerabat. The truth is, aku hanya akan rasa sangat confident nak bergaya bila aku di samping kawan-kawan. So, bila balik UiTM memamng nak pakai shawl tu confident sesangat. kbai. *Iklan*

Aku dengan kak Iti tak sempat nak siap. Settlekan hantaran kejab. Sebab ada lagi yang belum complete. Kek jelah yang tak complete sangat. haha. Time tu pulak rombongan lelaki dah sampai. Memang sikit kelam kabut sebab kek tu.. Tapi Alhamdulillah everything goes smoothly. Tapi seriously sedih and terkilan giler sebab tak dapat nak tengok masa sarung cincin tu. Gambar pun tak dapat nak amik. Haihh. Sodehh ni. 

Time ni barulah faham perasaan mak-mak bila time kenduri, dialah orang yang terakhir akan makan. Lepas tu bila amik gambar, diaoranglah yang tak dapat nak join sama. Sebab apa? Sebab sibuk uruskan hal lain. Walaupun kitaorang ni belum lagi jadi mak-mak kan, tapi rasa tu ada. haha. Ok. Lawak hambar. Kbai

Jom tengok gambar-gambar. Macam tak ada idea pulak nak membebel. Nanti merapu lagi. By the way, muka Kak Shira tu macam familiar kan. Hah. Ni lah nak cerita. Perasan tak muka kak Shira tu macam mereka-mereka kat bawah ni. Nurul Syuhada Nurul Ain and Preity Zinta. Cantik. Perfect! 


  



  

Okaylah. Sekali tengok memang sama. Banyak kali tengok pun bertambah-tambah sama. hiks. Honestly, dari dulu sampai sekarang aku memang suka tengok kak Shira ni. Perfect. Kalau menyanyi tu memang sedaplah suaranya. Superb! Lepas tu kalau aku dok scroll gambar kak Shira kat instagram tu, memang level confident aku teruih jatuh gedebak gedebuk. Haha. Yang kelakarnya, pernah tau aku sampai menangis lepas tengok gambar kak Shira. Ini memang kelakar. Kak Shira kalau sedang baca ni, tolong jangan gelak. haha. And and... Kak Shira, ni namanya pengakuan berani iolss. uhuk uhukk. haha >.<



...Okay! Jom tengok gambar lagi. Kan iolss dah kata sama banyaknya. hehee...



Gambar-gambar ni lepas majlis sarung cincin. Masa ni barulah kitaorang keluar ke depan. Aku and kak Iti baru lepas siap. Memang lambat. Takpe, yang penting, majlis berjalan lancar. Tetiba teringat masa aku masuk bilik nak ambil barang sebelum tu, kak Shira tengah nervous giler, dok selawat banyak kali nak hilangkan nervous tu. Masa tu mestilah berdebar sesangat kot. Kalau aku pun, macam nak gugur jantung. hahaa.



Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang paling aku suka sekali. Let say lah kan, kalau aku bertunang, aku nak letak gambar macam ni jadi default pic untuk semua laman sosial yang aku ada. Seriously aku suka sangat gambar ni. Sangat suka. hehe. Pernah tgk gambar Irma Hasmie masa bertunang? Sweetkan..


Ni lah gambarnya. Aku suka gambar ni. Cantik! *muka teruja* . Eh, cincin macam sama je. hehe


Ni adik beradik kak Shira. Yang baju sama warna hitam and baju kelabu, tu adik beradik kandung. Baju kotak-kotak tu adik beradik baru. Hehee. So, nampak tak memang kak Shira the only princess. Bodyguard ramai ohh. hehe


Hantaran buahh tu serious iolss suka sangat. Tema sebelah perempuan adalah purple.  Kak Shira yang cantik.. ^_^


Ni lah cik abangnya. Diaorang ni sweet. Muka pun lebih kurang je. Ni namanya jodoh. Gambar candid lebih cantik sebenarnya. And gambar ni serious suka. Doakan moga-moga pertunangan ni hingga ke majlis pernikahan bulan 11 nanti. InsyaAllah. Aamiin..

Cantikkan? Kalau berminat nak hantaran macam ni, bolehlah tempah kat DIY by Laluna. 


Tengok pun dah tau kan. Ni tempat letak cincin. Diy by Laluna. Dibuka untuk tempahan.

So, nilah barang hantarannya. Simple but awesome. 


Lepas semua tu, aktiviti menjamu selera. haha. Lauk macam2 ada. Semua sedap-sedap melaka. Cream puff, pavlova, mee sup, mee kari, nasi impit, kek coklat, caramel apetah. Haihh. Macam2 jenis makanana. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Wan pulak, sempat je aku mengusik dia. haha. Time tu aku berdiri kat sebelah sup. So, aku lah tolong amikkan sup untuk dia. Dalam masa yang sama, ada pulak orang hulur aku mangkuk kuah yang besar tu. Aku memang selamba. Dah agak comfortable kan. 


"Wan, masukkan dalam ni eaa."  (Tunjuk mangkuk besar kat tangan kiri aku. Dalam mangkuk tu sup jugak. Time ni aku pegangkan mee sup dia.).
"Eh jangan. Kang daripada 87 jadi 107.." dia gelak.
"Alahh... Bolehlah. Sekali je.. Sekaaali jeee... Masuk eaa. " terus kenakan dia lagi. hahaa
"Eh jangan.. " terus tersengih-sengih amik mangkuk dia then masuk bilik makan. Sebab time ni ramai orang.  Bukan sebab malu okay. hahaa
Aku rasa macam "fuhh, Umie. Berani dah kau sekarang kan dok mengusik. Dulu nak cakap pun malu. tengok muka pun segan." . hahha


Lepas makan-makan semua, sesi photoshoot kat luar rumah. Memandangkan orang yang ramai dan aku yang pemalu, hehee. Aku tak turun joinlah. Duduk je dalam bilik tu.. Tunggu semua settle baru makan.. So, jom tengok gambar seterusnya pulak.



Tu Abang Long kak Shira. Yang sebelah tu kak Sepupu iolss, Nurul Atiqah tapi jadi Nurul Laluna. haha. Adik beradik kak Shira panggil Kak Long.  Abang Long, Kak Long. Hah ! Kan sesuai je tuu. Bolehlahh ni. Doakan! hahha >.<  *jangan marah. hikss*


Okay. Gambar ni memang superb awesome. Aku suka sangat! Kan aku dah kata, gambar candid tu lebih cantik. Ditambah pulak dengan orang yang cantik. Amik lah sudut mana pun, memang cantik! hehee

Baiklah, lepas mereka-mereka dah bergambar sakan kat bawah, now, time to aku pulak bergambar sakan. haha.. Tapi tak banyak sangat gambar sebab dah lewat. Nak solat asar lagi kan.. Tapi makan dululah. Time makan tu, ada seorang pak cik ni. Aku tak kenal tapi senyum jelah sebab aku memang confident tu sedara mara diaorang atau jiran diaorang tapi aku tak kenal. So, senyum je dengan semua. Memula pak cik tu dok atas kerusi, lepas tu dia dok pandang aku je, aku senyum jelah. Tengah makan time tu. Mungkin ada seribu satu persoalan di situ. haha. Lepas tu, pakcik tu duk sebelah aku. Tanya aku ni siapa. Ada kaitan apa dengan Kak Shira. Hah. Kan betul tekaan aku. Mesti dia ada seribu satu persoalan. haha. Sebab tu asyik pandang je. 


Dengan ramahnya aku pun melayan ajelah. 
"Saya sepupu kak Shira. Anak buah arwah mokde. Ayah adik mokde."
"Ohh. Patutlah muka sama." time tu datang seorang lagi pakcik duduk berhadapan dengan aku. Pak cik tu cakap dengan yang pakcik sorang lagi. 
"Ni haa. Dah dapat tahu dah siapa dia ni. Anak buah mokde rupanya." Pakcik yang datang tu pun jawab,
"Oh. Patutlah. Muka iras dengan mokde. Ada pun sorang tinggal ikut mokde. " (The exactly words aku tak ingat sangat. Tapi maksudnya lebih kurang, adalah jugak yang mewarisi muka mokde.)
Aku pun muka memang terkejut tapi still senyum. 
"Macam muka mokde ke?"
"Ha'ah. Macam muka mokde. Tu dok tengok dari tadi, siapa dia ni. Rupanya anak buah mokde. Kak Shira ada iras mokde tapi tak banyak. Kamu iras mokde."
Wallahi sangat terkejut. Mungkin sebab muka aku iras ayah. Jadi adalah sikit macam muka mokde.. 


Perbualan diteruskan macam dah lama kenal. Hahaa. Yelah, orang layan baik, so aku pun layan baiklah.. Kata pakcik2 tu, dia sedara dari pahang. Sedara pokde. Pakcik yang awal2 tu gelaran Pak Teh. Yang second datang masa kitaorang tengah berbual tu Pak Long. Macam tulah.. Dia ajak datang Pahang sebab aku kata aku tak pernah tengok diaorang. hehee. Lepas tu masing-masing beransur balik. Mulalah kami bergambar sakan depan mini pelamin tu. hehe.


Walaupun tak cukup tidur, tapi muka tetap ceria. hehee. Tak kisah pun tak cukup tidur sebab dah biasa. Yang penting kami enjoy dan seronok.


Gambar sweet. Candid. Suka tengok!


Ni semua semua ni amik berkat. haha.

Mereka-mereka di sebalik tabir. hehe. Ada lagi sebenarnya. Ramai kot. Bukan kitaorang je. Moksu Ila tu semua. Tapi disebabkan kepenatan nak edit, malas nak upload. hehe. So gambar ni adalah mereka-mereka di sebalik tabir mini pelamin. hehhe..



Gambar ni kelakar. haha. Kang belakang tu macam frust kena tinggal. hikss *sukahati*
 \

Bak kata orang-orang tua, amik berkat. heheee. Mana tau lepas ni kitaorang pulak. haha . Doakan! 


Pendek itu comel. Pink tu gorgeous. Hitam itu menarik. hehhe. Jubah seluar kegemaran. Berangan-angan nak jadi puteri impian jugak. hahha

Ni terlebih rajin namanya. Pening pulak mata aku tengok gambar nih. hehe. Tapi aku suka! 


Okay. Aku memang suka berangan kat pelamin2 ni. Haha. Jangan tanya kenapa muka yang 1st tu macam tu. Time tu tak ready lagi. heheh

Gambar ni iolss suka sangat tapi masa snap gambar ni, kamera gelap. Adeehh. Puas dok edit tetap tak memuaskan hati. So, ini jelah termampu nak edit. Sobsobsss..

Okaylah. Alhamdulillah bersyukur sangat majlis semua berjalan lancar. Konon nak kemas kerusi bawak masuk semua tapi disebabkan keletihan, malam tu memang kitaorang semua tidur kat ruang tamulah ceritanya. Mulanya kak Shira dok buat assignment, kak Iti dengan aku dok wechat dengan Wan saampai terkekek-kekek gelak. Wan memang suka melawak. kahkahkah. On the same time, kitaorang layan ceramah Ustaz Kazim. Memang tergelak-gelaklah kan. Kak Shira yang buat assignment pun tak boleh nak concentrate. Dok gelak sekali. 




Syafiq balik, aku dok melayan paranormal activity dengan dia kat astro ape tah. Lepas tu dok berbual, berwechat padahal dia duk depan mata aku je nih. Betul-betul atas kepala aku. Sampai tergelak-gelak wechat. Lepas tu aku tak sedar bila aku terlenaa. Tau-tau dah siang. Kak Shira mulanya tido bilik, tapi lepas tu join jugak tidur kat depan. Kak Iti ni tidur pakai telekung. haha. Aku dengan tudung-tudung sekali tidur. haha. Harap-haraplah aku tidur sopan. hikss. 

Pagi tu bangun lambat. Akulahh bangun lambat. Pukul 10. Nasib baik pepagi tu aku dah pindah masuk bilik. Aku bangun tengok kerusi semua dah bawak masuk. Woooo.. Segan giler... orang dok mengemas, aku sedap tidur. Adeehh.. So, aku memang dah segan giler, so why not aku kemas benda lain. haha. Kemas bilik ajelah. Pembahagian kerja yang baik. hehe. Kak Shira makin tak sihat. Kak Iti bawak gi klinik sebab kak Shira ni ada semput..  

Aku dok umah sambung buat apa yang patut. Memang sukahati aku je dok kemas macam tu rumah aku. Haha. Sorrylah uolss ye. Jangan marah. hehe. Ni hasilnya, hahaha.


First time gubah bunga sendiri. Selalunya iolss tengok mama je yang buat. Sekarang mempraktikkan. And you know what, aku makin jatuh cinta gubah bunga. heheh. Ok kan tu. Aku tengok cantik je. haha. Ada bakat terpendam aku ni. hehee  >.<


Bunga tu nak letak situlah. Sebab meja tu nampak kosong. So, nak naikkan seri meja, terfikir nak letak bunga. Mintak kak Iti bunga pelamin tu. haha

Petangnya berangkatlah ke kehidupan normal masing-masing. And I bought bouquet of roses from DIY by Laluna. Bunga ni cantik and I love it. Tahan lama. Sebab tu beli. hehehe. Untuk birthday kawan. Saja bagi lambat. Penutup kan.. hehhe


Birthday kad buat sendiri. Dah lama bersara buat benda-benda kreatif macam ni. Time sekolah dulu, ni lah kerja aku. Sanggup berhabis duit beli kertas warna warni buat aktiviti kreatif aku ni. And now, mula balik semata-mata untuk awak tau Zafirah! hehheee. Terharu tak?? haha




Terima kasih banyak Kak Iti. Nanti iolss tempah lagi okay. Walaupun dah reti buat tapi saje nak nengada. hehe. Korang kalau berminat, boleh terus ke kat 
facebook DIY by Laluna 
atau lebih mudah 
terus ke blog Kak Iti.

Alhamdulillah. Berakhirlah cerita ini. Sekian sahaja cerita saya. Salah dan silap mohon maaf. Terkurang terlebih tu maaflah ye. Apapun thankyou so much kepada korang yang sudi luang masa untuk baca. Jazakallahu khairan kathira. May Allah always bless you. Doakan yang terbaik okay. >.<

No comments:

Post a Comment