◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, April 25, 2014

Redha: Itu yang terbaik..


Salam,

Alhamdulillah. Jumaat terakhir untuk bulan ni. Rejab tak lama je lagi. Mudah-mudahan kita diberi usia yang panjang dan bermanfaat. Aamiin. Baiklah, bila kita sebut tentang redha mesti dalam kepala kita dah terkeluar ayat "Redha tu terima ajelah apa yang Allah dah tetapkan." Majoriti akan kata macam tu kan bila kita sebut tentang redha ni. 




Baiklah (mula nak bukak cerita sedih). Semalam merupakan hari yang sangat membuatkan aku rasa macam orang putus cinta. Frust bukan main. Sebak je memanjang. Seriously sangat sedih sebab dari tahun lepas aku dah plan nak gi Pesta Buku. Bila masuk je 2014, mula cari member nak ajak teman. Hari Selasa pagi tu aku dok sakan mesej dengan kak Aina. Betapa terujanya aku time tu Allah je yang tahu. Tapi mungkin bukan rezeki aku kali ni. Last minutes, memasing cancel. Tinggallah aku sorang. Nak ajak adik, hari Isnin ni dia dah start exam. Usaha jugak tanya rumates sem-sem lepas tapi Zaida dengan Mas ada program society.. Musfirah pulak ada kelas.

Bukak facebook, tengok orang dok post pasal Pesta Buku, mulalah nak nangis. Nekad dalam hati nak pergi sorang jelah. Tapi as usual, apa-apa aku mesti akan tanya mama dulu. Telefon mama, wish birthday dulu sebab hari ni birthday mama and she said "Tak payahlah pergi. Kalau ada teman tak apalah. Ni sesorang. Apa-apa jadi nanti." . Time tu air mata memang dah bertakung habis kat kelopak mata. Suara dah lain tapi cover beb cover. Control. Gelak, senyum time cakap dengan mama. Lepas je letak fon, mulalah drama swasta aku tu. 

Dalam hati masih je nekad jugak nak pergi Pesta Buku pagi ni. Tapi bila teringat mama tak izinkan pergi sesorang, niat tu terpaksa dilupakan. Kalau mama tak izin, aku tetap pergi, takut pulak jadi sesuatu. Selalunya memang macam tu. Kalau mama tak izin, aku bantah dan buat jugak, mesti adalah yang menanti tu. Semalamanlah tak tidur. As usual jugak, bila time-time macam ni je, dia mesti muncul tetiba. So, kat dialah aku ceritakan semua. Air mata mencurah-curah. Tapi bukan call ok. Mesej je. Walaupun kekadang ayat dia tu buat aku rasa "Ishhh dia ni. Macam tak faham je. Cakap macam ikut suka hati je.. Ishh.. Dia ni.. blablablaa.. " but at least apa yang dia kata tu sedikit sebanyak meredakan kesedihan hati ni. 

Redha. Itu yang dia kata. Biasalah, kita ni manusia biasa. Kita dok nasihat orang cakap redha, redha tapi bila jadi kat kita, kita gagal menjadi penasihat untuk diri kita sendiri. Kan? That's why we need someone untuk menasihatkan kita pula. Sebab itu pentingnya kita untuk saling nasihat-menasihati dan ingat mengingatkan. In case jadi macam ni, ada orang lain yang akan ingatkan kita pulak. Hari Selasa lepas aku baru cakap kat dia, redha itu mengikhlaskan. Redha itu bahagia. Tak sangka pulak itu hint yang Allah bagi untuk aku melalui dia tentang apa yang akan aku lalui pada hari selepas itu. 


Redha... Itu yang terbaik. Dan inilah hakikat kehidupan. Semuanya berjalan bukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak Allah. Kita hanya mampu merancang. Allah jualah yang menentukan..


 Kita tak tahu apa perancangan Allah untuk kita. Jika kita redha dan ikhlas menerima semua ni, mesti Allah akan aturkan sesuatu yang lebih baik. Mungkin kali ini aku tak ada rezeki nak jumpa dengan kak Aina, spend time together macam tahun lepas kat Pesta Buku. Sedih.. Memang sedih.. tak sampai hati nak bagitau kak Aina.. Dia (bukan kak Aina. Ni dia yang atas tu) always reminds me suruh bagitahu jugak kak Aina tu yang aku tak dapat datang. Sampai hati atau tak tu belakang cerita. See? Sebab tu aku cakap, dia ni macam ikut suka je cakap. Tak memahami langsung. Tapi betullah apa dia cakap. Straight to the point. Dia kata, aku kena percaya one fine day aku boleh jumpa kak Aina jugak. Cuba kena bersabar. Allah has a bigger plan for me that I have for myself.

Ya Allah, jika ini bukan jalanku... Redhakan hatiku dengan ketentuanMu. Kau lebih tahu apa yang aku tidak ketahui. Moga Engkau temukan kami di suatu pertemuan yang lain atas izin dan rahmatMu.. Aamiinn.. Kak Aina sayang.. Fara minta maaf.. Fara tak dapat datang ke Pesta Buku kali ni.... 

First time jumpa kak Aina. Pesta Buku tahun lepas. 01 May 2013.. :')

*Bukak Fb, tengok Page kak Aina ada post gambar kak Aina dengan peminat-peminatnya, sebak sekali lagi... Ya Allah, redhakan hatiku dengan ketentuanMu... Sobsobsssss*


No comments:

Post a Comment