◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, April 05, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 2

Salam,


Alhamdulillah. Dapat teruskan sambungan cerita yang lepas. Maaflah cerita Part 1 banyak pasal aku je. Motif sangat awak ni Farah oii.. Okay, #Eday Part 2. hehe. Dengan gigihnya tak tidur semalaman dok tapis gambar-gambar yang menarik untuk di publish kat sini. (Maaf. Pengunaan bahasa rojak. Jangan amalkan selalu okay. hehe) . Tapi bila dah di kira bilangan gambarnya, nampaknya entry ni akan ada Part 3 pula. Takpe, tengok dulu macam mana. Kalau panjang sangat then kita buat Part 3 ye. 

Baiklah... Kita teruskan cerita yang tergantung tak bertali tu. hehe. Jumaat malam Sabtu, mulalah sibuk duk buat mini pelamin tu. Seronok sangat rilex hari Jumaat siangnya tu kan. Rasakan kesibukkan di malam hari. Yeah! haha. Jangan nak mimpilah hang dapat tidoq malam ni ye. Mataku sayang, malam ni kita akan bekerja. Jadi awak jangan nengada nak mintak tidoq ye. Settle semua ni baru boleh tidoq dengan lenanya. hehh..


* Entry ni pun agak panjang. 
Teruskan membaca, jangan bosan okay :) *


Sebelum itu, jom kita balik ke belakang sekejab iaitu hari Khamis malam Jumaat. Hah. Malam tu adik aku dengan si Aiman ni gigih betul dok study. Student rajinlah katakan. Memang dok study lah ceritanya.. Aku ni dok layan Asoka. haha. Padahal aku sepatutnya buat nota untuk quiz hari Isnin. Tapi disebabkan terlalu rajin, aku doklah layan Asoka kat astro malam tu. Wan dengan laptop dia and kak Iti join the club layan Asoka. haha. Kak Shira sepatutnya dah tido lepas berinai tu. Tapi tetiba keluar bilik, datang kat ruang tamu terus cakap pasal dewan semua dengan Wan. hehee. Kan dah lambat tidurnya.


Gigih sungguh adik aku sorang ni study. Tapi lepas tu dia punya main fon mengalahkan masa dia study. lols. Nampak sangat handphone melekakan. Lepas ni sila off ye Ewan sayangg..


Konon-konon penatlah tu study. Haha. Yang baju oren tu sedang melakukan proses penyerapan ilmu. Sebab tu jadi lagu tu. Konon-konon bila bangun ilmu semua dah berjaya diserap masuklah. Macam tu eaa? Hah? haha. 


Okaylah. Stop. Jangan marah ye uolss gambar ni sesat kat sini. haha. Balik semula pada cerita tadi. So, malam tu memang aku dengan Kak Iti tak tidurlah.. Dok siapkan apa yang patut. Berjaga sepanjang malam sampai kebuntuan idea. Kat tengah-tengah tu tak tahu nak letak apa. Bunga ke, lampu ke. Sampai datang idea yang mula merapu-rapu, dengan selambanya aku cakap dengan kak Iti,  

"Kak Iti, susah-susah sangat kita letak akuarium tu hah kat tengah-tengah." . Teruih tergelak. Kak Iti kata pun gelak sama. Haha. Tak pernah dibuat orang oiii. Tapi orang tak pernah buat kan, so kita buatlah. Lain dari yang lain. Unik dan kreatif. Beli ikan warna warni, cantik sikit. haha. *Petah sungguh berkata-kata.* Ok, seriously kitaorang memang kebuntuan idea. So, ini hasilnya. hahaa.


Gambar ni guna kamera handphone. So kualitinya kurang sikitlah.. Dengan lampu kat tongah tu hah menambahkan lagi kesilauan mata ini. Maaf lantai bersepah. Baru je siap buat mini pelamin time ni. *Fuhhh ayaattt* hikss.


Again! hahha. Kan iolss dah cakap. Kucing ni memang suka selfie. Tak dapat dinafikanlahh. hahaa. Berpotensi jadi model dalam kelompok kucing. hehe. Tapi dahh Rest In Peace :'(


Lepas tu terbaring sat depan mini pelamin tuh tunggu subuh. Sakit pinggang. Adeehh. Dah macam nenek-nenek sangat iolss ni tau. Lepas solat Subuh, Kak Iti tidoq sat. Aku keluar dok depan mini pelamin tu. Kak Shira pun dah bangun. So, suruhlah kak Shira try baju tunang tu. Masa kitaorang dah siap mini pelamin tu, nak suruh kak Shira try. Tapi kak Shira dah tidur kan. Pagi tu, baru kak Shira try. Hasilnyaa.. Memang dah cantik tapi kak Shira tenggelam. Mungkin sebab background tu belakang kot. Kalau tak memang cun dah.


Cantik dah kan. Tapi mungkin sebab kain belakang tu warna pink, so bila kak Shira amik gambar, jadi tak timbul. Tenggelam.. 


Lepas tu dok fikir nak tukar. Kejut Kak Iti tapi disebabkan kepenatan yang teramat, memang tak laratlah nak bangun. Bila bincang2, takut macam tak sempat nak tukar. Idea pun tak ada. Terima ajelah seadanya.. Tapi Allah tu Maha Mendengar dan sentiasa akan memberi yang terbaik untuk hambaNya sesuai pada waktunya. Suddenly dapat called dari mama. Mama kata nak tengok gambar kak Shira bila dah duduk kat situ. Then I sent it to her. And she said Kak Shira nampak tenggelam. So, mama pun mulalah mendekorasi pelamin tu. Perbualan dari Melaka - Kuala Lumpur. Guna handphone. Aku ni dahlah loading. Bila mama cakap, macam tak dapat nak imagine apa yang mama maksudkan.

So, aku pun buatlah macam apa yang mama suruh ikut fahaman aku yang masih dok loading lagi nih. Kak Shira pun tolong sama. Sebenarnya, dekorasi ni lebih kurang macam bilik pengantin pokcu dulu. Aku ni banyak benor makan semut gaknya. Proses nak ingat tu memang tahap kura-kura. Bila dah buat barulah nampak dan ingat. Disebabkan fon aku tak berapa nak canggih, guna fon Ewan, skype teruih. Mama ni pepaham je anak dia sorang ni sebenarnya tak dapat nak tangkap apa yang mama cuba sampaikan. heheee. Proses mendekorasi jadi lebih mudah. Letak kerusi kat tengah2 ruang tu, letak fon. Hah. Kelas kau maria. haha. So mama nampak apa yang kitaorang buat. Ni faedahnya kecanggihan teknologi. ( kenapa macam pelik sangat ayat aku tu. haha. Tapi maksud tercapaikan? Fahamkan? hehe) . Thankyou mama and akak!




Aku risau jugak kot-kot kak Iti marah atau terasa hati kitaorang tukar mini pelamin tu. Yelah, cuba korang bayangkan, semalaman tak tidur buat mini pelamin tu then tetiba bila korang bangun tidur tengok dah totally difference dari apa yang korang buat. Meluahkan pada kak Shira then kak Shira kata "Tak apa. Lagipun Kak Iti tak tengok bila kak Shira dah try baju tu." . Legalah sikit hati ni. Terus siapkan pelamin tu. Perbualan yang lama dengan mama. Siaran langsung okay. haha. Wan dah mula dah membahan. Bila aku cakap "Sesia je tak tidur malam tadi. Last-last tukar.. Kalau tahu, baik tidur je.. hehe." . Dia pulak dengar. So dengan selambanya dia jawab "Itu namanya takdir. Tak siapa yang tahu.." haha. Fuhhh. Waaannn. Puitis sekali ayatnya. Maksud mendalam. Mesti SPM subjek Bahasa Melayu A+++ . Lolss

Si Aiman ni sama sibuk jugak nak bercakap. Teruih duduk tepi fon Ewan tu. Seronok dok bahan aku. Last-last when I said something to mama, teruih dia diaamm. Malulaahh tuu. Malulaahh tuu. Nah bantal tutup muka. kahkahkah *muka bangga + puas hati* . Few hours lepas tu, misi berjayaa. Simple but awesome. 





Alhamdulillah Alhamdulillahh Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak. Sarung bantal dengan lampu ada sedikit masalah. Sebab bantalnya putih. So memerlukan warna yang boleh menaikkan seri mini pelamin tu. Hah kau. Mini pelamin pun ada seri okay. hehe. Sekali lagi, pertolongan Allah sampai tepat pada masanya. Cik Ina ( Jiran sebelah kak Shira merangkap mak kepada Kak Kyra iaitu kawan baik kak Shira. Panjang pulak explanationnya. hehh ) tolong carikan sarung bantal warna purple tu and tolong jahitkan sekali. Seriously cantik! Suka sangat!!! Lampu pun Cik Ina bagi pinjam. Memang cun-cun je lampunya kat situ. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Terserlah warna bantal tu dengan pancaran cahaya matahari. Silau sikitlah tepi tu. So kalau nak amik gambar kena tutup pintu and bukak lampu ruang tamu. baru cun melecun >.<


Dah siap semua, kenalah bersihkan carpet tu semua. Kena pakai vacuumlah ye. Yang aku ni penakut nak guna vacuum. So, mulalahh suruh Wan buat. Wan masa tu tengah jalan nak duduk kat dinding sebelah tepi tu menghadap carpet. Dengan muka selamba, "Eh! Wann. Kenapa duk situ. Duduklah sini... Buat nih" . Dia kata nanti kejab lagi dia buat. Si Aiman ni terlebih rajin. Dia pulak buat. Mulalah dengan iklan free dia tuh dengan aksi yang kononnya kelakarlah kan. Dia pi vacuum diri dia dulu. Haihh. Tak lawaklahh. Lempang karangggg. Haha. Kak Iti bangun-bangun tidur tengok mini pelamin tu dah berubah. Kak Iti kata, kalau tuan nak pakai tu kata okay, kak Iti okay je. Kak Iti jangan terasa hati ek.. Kak Iti pun tolong sama settlekan mini pelamin tu. 

Lepas tu buat hantaran buah. Lap buah tu and sapu dengan minyak masak supaya nampak berkilat. Minyak masak okay. Minyak maaasak. Bukan minyak yang korang pakai nak pasang pelita tu. haha. Wan macam biasalah. Dia dah nampak anggur tu, masuk mulutlah citernya. Yang kelakarnya, dia amik anggur tu then lap lepas tu dia kata tak berkilatlah. Yang tak berkilat, masuk mulutlah. Haihh. Sabar jelah melayan karenah kazen-kazen yang pelbagai ragam ni. Around 11.40am to 12.00pm, mata aku memang tak boleh nak angkat dah. Tidur sat dalam bilik then dalam pukul 1.00pm kak Iti kejut. Kejut nak pi Jusco, mandi. haha. Sebab tak ada air kot. Kan kena catu.. Aku keluar tengok rumah dah mula ramai dah datang tolong hidang makanan.

Terasa malu sikitlah. hehh. Kitaorang pun bersiap-siap around 2.30pm kot balik rumah. Masa tu dah makin ramailah pulak. Aku dengan kak Iti memang dah macam mak-mak ceritanya. Tak sempat nak siap kitaorang ni. Tumpang solat kat bilik Syafiq, tak dapat nak focus sebab pintu asyik bukak tutup. Aku ingatkan kenapa. Rupanya diaorang dok pos kucing-kucing dalam bilik. Macam mana aku tau??? Hah. Time aku solat, sekor-sekor kucing lalu depan mata aku. Nasib baiklah alergic aku tak seteruk dulu. So, masih boleh tahanlah dengan kucing-kucing tu semua.. Nak tergelak rasanya time tu. >.<

Okay, tak larat nak sambung.. Kita buat Part 3 okay. Tunggu #Eday Part 3. Ni pun dah panjang sangat rasanyaa... Next entry will be more interesting. Seriously! Apa dia? Wait and see okay. Bye! Thankyou readers <3 ^_^ 


*Maaplah ye. Den ni kalau berchegito memang banyak pulak gelaknyaa. hikss*


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment