◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, April 04, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 1

Salam,


Alhamdulillah. Hari ni 04.04.14. Tarikh yang cantik dan jugak jatuh pada penghulu segala hari. Jumaat. Full of barakah. Okaylah, entry ni sambungan dari yang lepas. Walaupun tak ada kaitan pun cerita satu sama lain tapi ni merupakan sambungan tajuknya. haha. Untuk entry kali ni, aku buat 2 part. So this is Part 1. Cerita panjang sangat. Kenalah buat ber"part2" . hahha

So, event pertama iaitu birthday party antara kami sahaja dah settle. Sekarang beralih pada event ke dua, iaitu Majlis Pertunangan my sepupu. Nama diberi Siti Nur Shahirah binti Saari. Tua setahun je dari aku. Sebaya dengan Kakngah tapi jodoh kak Shira sampai dulu. hehee. So, hari Khamis lepas dah berangkat dah pergi KL rumah kak Shira. Memandangkan aku ni memang penakot nak naik kemudahan awam untuk ke sana dan memandangkan kak Shira pun ada meeting kat Shah Alam, so petang tu kak Shira datang amik. hehe.

Kak ngah tak dapat datang sebab pergi kursus kahwin. Senang nanti sebab lepas ni kursus kahwin ada exam katanya. Akak pulak tak dapat naik KL. So, aku dengan ewan ajelah yang pergi. Dalam pukul 8 sampai KL, kemudian solat makan semua.. Then aku tolong kak Iti jahitkan langsir. Masa baca moments wechat tu ingatkan jahit pakai mesin tapi rupanya gagah sungguh menjahit pakai tangan. haha. Lawak. Serious aku tergelak. Then aku tolonglah jahitkan langsir tu. Tengah dok leka menjahit, aku tak sedar yang aku terjahit sekali langsir tu dengan baju aku. Lolss. Kak iti ni sepupu aku jugak . Sekarang ni tengah berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan. Do visit her blog and like her page on Facebook. DIY by Laluna . 

Kalau korang cari DIY by Nurul Laluna kat fb mesti akan jumpa. Gambar ni okay! :)

Okay baiklah, Khamis malam Jumaat tu tak buat apa sangatlah. Jahit-jahit langsir, kemas-kemas pinggan mangkuk basuh apa yang patut. Dari aku sampai tu je dah kena bahan. Adeeh . Memanglah seronok sebab terasa kemeriahannya di situ tapi yang tak sanggupnya kenapa mesti aku sorang kena. Mana acii 3 lawan 1. Kalahlahh akuu. Kak Iti, Wan dengan Aimaaannn. Adeehh. Sabar jelah. Kalau rajin, aku jawablah, kalau malas aku diamkan je buat muka. haha. Tapi ada satu part tu yang aku rasa funny je. Kak Shira dok kemas kasut-kasut kat pintu, si abang long pulak dok tolong memasak kat dapur. Tumbuk bawang segala. Kelakarlah. Patutnya dialah yang settlekan kasut-kasut tu semua. Kak Shira yang dok dapur. Macam kecelaruan identiti di situ. kahkahkahhh  >.<   (uolsss jangan marah okay. iolss gurau je. hehe)

*Sebelum korang konpius, Wan ni sepupu iolss. Ewan tu adik iolss. hehe. Sorang Ewan. Sorang lagi Shazwan*.

Wan ni dulu senyap je tau.. Dululaahh.. haha. Dia bawah setahun dari aku. Wan tu adalah jugak tegur-tegur aku. Bual-bual. Tapi mostly tanya pasal belajar, matrik semua. Bab-bab pelajaranlah. Aiman tu ke lautt. haha. Start kenduri ni je dia macam over giler. Pantang ada peluang, ada je nak kenakan aku. Wan pun lebih kurang je cuma belum nak terserlah sangatlah. Baru terserlah sesikit je. haha. Diam diam ubi berisi wan nii. 3 bulan ye wan. haha (bajet macam wan bacalah blog nih. haha).  Makin maju bebudak nih tau. Iolss sabar jelah yang boleh. Syafiq ! haha. Macam tu lahh dia. Comel, sweet. haha. 


*Entry kali ni agak panjanglah jugak. 
Jangan bosan eak? haha*


...Okay sambung cerita...



Hari Jumaat tu pulak KL kena catu air. So agak payahlah nak buat kerja. Aku dengan kak iti dok buat bunga untuk hias mini pelamin. Cantik tau bunganya. DIY by Laluna. Dulu aku pernahlah belajar buat bunga macam tu masa sekolah rendah join badan beruniform Puteri Islam, haha. Tapi time tu guna tisu je kot. Ni kak ti buat serious cantik. Beruntungnya kak Ti sebab praktikal kat wedding ministry. Macam-macam ilmu dapat sampai boleh buat business sendiri. Bouquet of roses pun cantik tau. Kreatif.  Dibuka untuk tempahan. Korang boleh visit blog tu. Mini pelamin, hand bouquet, hantaran. Nak tahu lebih banyak, kenalah like page DIY by Laluna and also visiting her blog. Ada kawan2 nak konvo, nak bagi bunga yang simple tapi boleh simpan lama, order je kat DIY by Laluna. Aku ada tempah 1, next entry I'll show you. InsyaAllah.. *promote nih.. Kak ti belanja eaa. haha. Penat nih promote. haha *


DIY by Nurul Laluna. Simple tapi cantik. Berminat? hehe


Time kitaorang buat bunga tu, si Aiman ni tidur. Memang kenalah kann. Idea jahat mencurah-curah. haha. Dok letak bunga-bunga kat dia, then amik gambar with caption "sleeping beauty". lolss. Nak share kat instagram rasa macam tak patutlah pulakkan link teruih ke FB. Lolss. Dapat bayangkan. Mesti dia rasa macam nak duk je dalam rumah tak nak keluar. haha. Nak share sini boleh tak Aimann??? Hahhaa. (habehh jatuh market dia nanti. haha) . Kak Shira dengan Wan beli barang nak masak. Menu hari Jumaat adalah Tomyam. Serious banyak gilo. Yang aku ni dah dok touching with someone, lepas solat Zohor teruih tertido atas tikar sejadah dengan telekungnya tak bukak, tafsir Al-Quran kat tangan. Sedar-sedar masa Kak Iti dengan kak Shira kejut tanya nak ikut gi Jusco tak. Lepas tu Ewan masuk bilik mintak baucer buku dia. Aku, kalau dah touching mood memang zero lahh kann. Rasa nak baring, tidur dan tak nak buat apa-apa. Lolss. Perangai yang tidak patut diamalkan. Lagi-lagi kalau ada kat rumah orang.. Nasib baiklah hari tu macam tak ada kerja sangat siang tu.. Sorrylah korang.. Kalau mama ada ni, confirm-confirmlah aku kena marah. hikss



Yang kecik-kecik tu iolss tolong. Yang besar bulat tu memang dah siap buat. Kak Iti buat! hehe. Nak order boleh terus ke DIY by Laluna :)


Lepas tu aku ni bila kat rumah orang memang susah nak makan. Hahaa. Maluu kot. Sebab rumah orang kan.. So, aku macam malu nak makan.. Walaupun bukan orang lain, family-family jugak tapi dah terbiasa perangai ni. Melainkan rumah makwe. haha. Masa Makwe ada dulu, sukahati aku je nak bukak tutup peti ais, almari, tudung saji. Sebab dari kecik aku dah duk situ. So memang macam rumah sendirilah kan. haha. Tapi tu semuaa dululah.. Masa Makwe ada.. Hmm. I missed her so muchh.. Okay iklan jab. haha. Kesiann Moksu Ila dok suruh aku makan je. Sampai Moksu Ila cakap, " Umiee, kenapa tak makan. Moksu masak tak sedap ke" . Allahu.. Maaflahh... Tak bermaksud macam tu pun. Memang perangai ni susah nak buang bila dah ada kat rumah orang. Keluar jejalan pun sama. Aku mesti susah nak makann. Adehh.. Melainkan orang tu aku betul-betul comfortable, baru aku akan okay je. heh.

Wan memang seronok bahan aku cakap aku diet. Sebelum-sebelum ni pun, ayat yang keluar dari mulut dia, "Dak Umie diett..". Dah boleh hafal tau. haha. Yang kelakarnya masa malam kak Iti ada baca satu fakta kalau tak makan malam kita lagi gemuk. Si Aiman ni suruh kak Ti pusing 90 darjah. Dia perli aku sebenarnya. Kak Iti pulak dok sebelah aku time tu. Datang Wan, dia suh Kak Ti pusing 360 darjah ke 180 macam tu.. Hampehh betul budak-budak ni. Terseksa jiwa raga. Memang kalahlahh kann. Tak ada orang back up.

Memandangkan majlisnya pada hari Sabtu. Jumaat malam tu dah mula dah kesibukkannya. Kak Shira pulak demam. Esok nak bertunang, hari ni pulak demam. So, suruh rehat ajelahh.. Tak payah buat kerja sangat nanti lagi teruk. Ewan dok pakaikan inai kat jari kak Shira. Lawa kaler inai tu. Suka sangat! Malamnya tu aku, kak Iti, Moksu Ila and salah sorang sedara diaorg sebelah pahang (Tak pasti nak panggil apa) ikut beli barang untuk masak esok. Aiman jadi driver lah. Okay, sekali lagi kena buli. Mentang-mentang iolss duk tengah, bukan main seronok lagi dok membuli. Singgah beli bunga lepas tu iolss cakap dengan Kak Iti nak duk belakang. Gara-gara nak cepat, tersungkur kat seat depan tu masa nak gi belakang (kalau pakai Avanza mesti korang dapat bayangkan bila seat depan tu kita lipat supaya dapat gi belakang) . Dia punya sakit tu sampai tak mampu nak cakap apa. Tapi tak lama lepas tu, okay dah. Tapi tapi... lewat malam tu, bila tengok, dah biru bengkak lebam semua. Allah...


Gambar ni Encik Kazen yang amik.. Entah bila kala dia amik kitaorg pun tak perasan. Hari Ahad dah sampai kolej, dok scroll wechat tu baru perasan ada gambar ni. Nasib baik sopan je semuanya.


Beli barang kat Tesco Ampang, troli pulak tak tahu mana nak amik, so pakai bakul jelah kan. Sorang satu bakul. So ada 3 bakullah semua. Tengah dok beli barang, aku nampak gaun baby yang sangat comel warna merah. Banyak gaun2 yang lain buat aku rasa nak angkut je beli semua tu. haha. Okay Iklan. haha. Tengah dok beli barang tu, kak Iti dengan Aiman entah kemana tetiba hilang lenyap. Kak Long dengan Abang Long memang tak boleh terpisah. Eh? haha. Gurau jep. hehe. Tinggallah den sesorang ikut makcik-makcik ni cari barang. Bakul jangan cakaplah. Memang tak larat dah sebenarnya nak angkat tapi ku gagahkan jugak acah-acah larat dan kuat. Akibatnya, bila balik rumah, lewat malam tu tengok, lengan kiriku dah lebam biru . Sepanjang lengan pulak tu. Tak pernah lagi kena macam tu kot. Sakitnyaa Allah je tahu. Lengan kanan ada jugak tapi tak seteruk yang kirinya. Sampai hari ni pun still ada lagi. *muka kesian. kbai.*



Ni namanya kucing selfie. haha. Pantang amik gambar, mesti pandai posing. Tapi kucing ni dah Rest In Peace. Sobsobsss *amik tisu*


Sambung ceritanya lagi.. Balik-balik je mulalah operasi untuk buat mini pelamin. Satu malam tak tidur langsung. Kebuntuan semuaa. Wan pun dikerah tolong buat bunga. haha. Memandangkan dia pun memang tidur lambat, dialah teman aku dengan kak Iti. Borak macam-macam pasal zaman sekolah dulu. Dengan zaman kanak-kanak. Wan banyak mendengar je. Tak banyak cerita. Dia tolong gelak je. Hahaa. Bising jugak kitaorang ni gelak-gelak tetengah pagi tu. Aku ni kalau dah gelak memang non stop. heheh. Yang lain dah tidur. Lepas Wan tidur, Syafiq pulak jadi pengganti. haha. Tanya Syafiq okay ke tak. Buat macam mana supaya nampak okay mini pelamin tu. Borak-borak kejab dengan Syafiq lepas tu dia tidur. Ruang tamu memang tak ada ruang time tu. Kesian Syafiq kena tidur depan pintu. Tidur dengan kucing dia pulak tu. Alahai comel. hahaa...


Tido dengan kucing tu. Comel sangat. hahaa. Syafiq ni suka sangat kucing. Kucing nampak dia je terus datang kat dia. Penyayang Syafiq nih. hehe

Untuk kali ini, kita berhenti setakat ni dulu ye. Satu entry satu malam berjaga. haha. Nak tahu macam mana rupa mini pelamin kitaorang? Nak tengok kak Shira di hari Pertunangan dia? She is so beautiful. Seriously. Tak tipu..  And more from DIY by Laluna. Tunggu entry seterusnya okay. Bye! >.<


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment