◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, November 24, 2012

Campus Life : Adil tak kita dengan kawan2 lain ?


Salam , Alhamdulillah ,sekian lama tak online blog ni akhirnya hari ni dapatlah juga menulis semula. Ya Allah , terlalu merindui blog. Dah lama tak menulis kan.. Even cerpen aku tu pun tak settle2 lagi... Mungkin azam aku belum cukup kuat untuk menjadi seorang penulis. Suatu masa nanti , insyaAllah... Okay , tergeraknya nak tulis blog ni dah lama tapi disebabkan kesibukan dengan assignment,kuiz, test sampai tak ada masa nak update. Bismillah... Semula memulakan cerita , mohon maaf kepada pihak2 yang mungkin akan terasa dengan apa yang akan diperkatakan. Sesungguhnya manusia itu tak pernah lari dari membuat kesilapan. Teringat kata2 sahabatku dahulu ketika aku memohon maaf kepadanya ,

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : 
"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"
(Riwayat Al-Tirmizi) . 

Okay , sebenarnya perkara ni seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita tatkala kita harus berhadapan dengannya. Apa dia ? Tak lain dan tak bukan adalah exam. So , nak dijadikan cerita hari ni Ain dan rakan-rakan kelasnya yang lain akan menghadapi Test 1 untuk subjek Undang-undang. Seminggu sebelum exam berlangsung , pensyarah telah pun memberi klu tentang soalan2 yang akan ditanya. Jadi mudahlah kerjanya. Ulangkaji soalan2 yang pernah dibuat semasa berada di dalam kelas. Mungkin untuk soalan fakta agak susah sedikitlah jika hendak dibandingkan dengan soalan yang berbentuk cases. Tapi dah nama pun undang-undangkan , so semuanya adalah fakta. Masing-masing sibuk dengan dunia mereka menghafal , mengingat dan memahami sehabis boleh tajuk yang dibaca tidak terkecuali juga dengan Nurul Ain. Persediaan Ain untuk menghadapi exam tidaklah begitu hebat. Dia cuba apa yang termampu. Apabila pensyarah tiba sahaja, masing2 mula panik. Baik yang dah habis study dan juga belum. Pelbagai persoalan bermain di minda. "Awak rasa soalan apa yang keluar? Kalau bab ni saya tak bacalah.." bisik rakannya. Jelas terpancar kerisauan yang bertandang dalam diri rakannya itu. Seperti biasa , Ain cuba mengawal perasaannya sebelum menenangkan rakannya itu . "Jangan risaulah awak. InsyaAllah semuanya ok. Lagipun soalan tu kita boleh pilihkan. Kalau awak rasa tak boleh nak jawab soalan tu , pilihlah yang lain." balas Ain sambil mengukir senyuman.


Peperiksaan dimulakan apabila semua telah mendapat kertas soalan. Memandangkan ini bukanlah official exam, pelajar dibenarkan untuk tidak menjarakkan meja masing-masing. Suasana sepi mula mengisi class Ain. Masing-masing tekun menjawab soalan yang diberikan. Pelbagai jawapan bermain di minda,menunggu masa untuk dimuntahkan semuanya. Ain yang pada mulanya nampak tekun menjawab peperiksaan kini mula gelisah tatkala melihat soalan yang seterusnya. Memandangkan soalan itu berkaitan dengan soalan case yang diberikan oleh pensyarah pada minggu lepas, sedikit sebanyak jawapannya masih berada di kotak fikiran. Namun sayangnya Ain hanya dapat mengingati case yang boleh di aplikasikan dengan soalan tersebut. Maksud akta yang berkaitan dengan case itu sudah pergi jauh dari kotak fikirannya. Tapi itu bukan penghalang untuk Ain tidak menjawab soalan tersebut. Selagi terdaya , dia cuba menjawab dan mengingati apa jua jawapan-jawapan yang berkaitan. Sampai satu saat di mana Ain sudah ketandusan idea, dia mula menoleh ke kiri dan kanan melihat rakan-rakannya yang masih tekun menjawab. Ketika Ain sedang menoleh ke kanan , tiba-tiba matanya tertumpu ke arah rakan sekelasnya yang khusyuk menulis jawapan. First impression Ain, "Lajunya tulis, tak mengapalah . Mungkin dia studykan.." Sedang leka memerhatikan gelagat rakannya itu tiba-tiba matanya beralih pula ke arah fail lutsinar yang berada bersebelahan dengan rakannya. Ain terkedu. "Ya Allah , tu rupanya kerja dia. Patutlah laju aje jawab soalan tu... " Perasaan marah,kecewa,terkilan mula menyelubungi hatinya namun ditenangkan hati itu dengan mengingati Allah... 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.  
(Surah Ar-Ra'd:28)
Selesai sahaja menjawab soalan-soalan yang diberikan , Ain melangkah keluar dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.Marah,kecewa,terkilan semuanya bermain2 di hatinya. Marah dengan sikap rakan-rakannya itu, terkilan dan kecewa dengan apa yang mereka lakukan. Ya Allah , adilkah apa yang mereka lakukan ini. Adilkah mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain. Jujur kah mereka dengan rakan-rakan mereka dan juga pensyarah . Bukankah apa yang mereka lakukan itu satu penipuan. Bukan sahaja penipuan terhadap diri sendiri tapi juga kepada rakan-rakan dan juga pensyarah. Dan bagaimana pula dengan keputusan yang mereka akan perolehi. Teringat kata-kata pensyarah yang sering terngiang-ngiang di fikiran tatkala hati ingin menipu dalam peperiksaan. Lebih kurang begini katanya, "Jika kita meniru dalam peperiksaan dan hasil daripada tindakan kita itu membuatkan keputusan kita lebih baik daripada mereka yang selayaknya dan sekaligus menutup jalan orang yang selayaknya itu , adakah wujud keberkatan pada kejayaan kita tu. Dan sekiranya kita mendapat kerja yang baik di atas kejayaan yang kita peroleh itu(hasil daripada tindakan kita itu), berkat ke gaji yang kita dapat ? Dan kemudian gaji itu kita gunakan untuk keluarga .Renung-renungkanlah..."  Ya Allah , berikanlah hambaMu ini kesabaran dalam menghadapi dugaan yang Engkau berikan ini. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..

p/s : Secara jujurnya semasa aku berada di sekolah dahulu pun , perkara-perkara macam ni aku selalu pandang remeh dan tak ambil kisah tapi bila kebenaran dah terpampang depan mata , barulah aku sedar hakikat yang sebenar. So, bila dah tahu tu cuba-cubalah aplikasikan dalam kehidupan. Janganlah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau kita buat macam tu , adilkah kita dengan kawan2 kita yang lain tu? Cuba kita berada di tempat orang yang belajar sebab nak dapat markah baik , tiba-tiba kita senang2 je copypaste jawapan dari nota.. Melainkan anda seorang yang tidak ada perasaan , mungkin anda takkan rasa apa2. Wallahualam. Sesungguhnya peringatan ini untuk diri aku juga...

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment