◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, January 01, 2011

Selamat datang 2011


Diam tak diam sekarang kita dah pun berada dalam tahun 2011.. sekejab je kan  rasenya tahun 2010.. Dan hari ni merupakan permulaan blog aku..hehe.Tanpa kita sedari masa kian pantas berlalu.. Kesibukan belajar dan bekerja menjadikan masa yang berlalu umpama cahaya..Terlalu laju.. Rasenye baru semalam daftar sekolah.. tapi kini tiada lagi semua itu.. zaman persekolahanku sudah tamat..kini aku harus bangkit untuk ke alam realiti...

Walaupun tirai lama telah ditutup,kenangan suka duka akan terus kekal di ingatan. Yaadein yang bermaksud kenangan..Hanya kenangan yang mampu ku simpan selagi hayat dikandung badan.. kerana kenangan itulah yang kekal abadi walau apa pun yang jadi.. Yang manis di simpan rapi.. yang pahit dijadikan pengajaran agar kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.. :) 

Selamat datang 2011 
yang sudah pasti menyediakan seribu satu cabaran buat kita..  semoge tabah melaluinya. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment