◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, January 06, 2011

Apa tu CANTIK?

                             
Cantikkan ? 


Petang itu,Sara telah berjanji untuk keluar bersama-sama dengan Ika dan Lia. Seperti biasa,mereka akan ke shopping mall..Lebih gemar berjalan-jalan daripada membeli-belah..

"Ika! Lia! tengok tu.." sambil memandang ke arah susuk tubuh yang berada tidak jauh dari mereka.

"Kenapa Sara?" soal mereka serentak

"Hmm..Tak lah..Dia cantik! Kan seronok kalau aku cantik macam tu.." jawab Sara perlahan.Suaranya jelas kedengaran seperti orang yang sangat sedih.

"Sara..Kau cantik! semua orang orang cantik,Sara.." jawab Lia seolah-olah mengerti maksud rakannya itu.

"Ha ah lah kau ni! Kita semua cantik.." balas Ika menyokong pendapat Lia

"Tapi kan,kadang-kadang aku jealous la tengok orang-orang cantik ni.Ada je admire.Tak macam aku.Seorang pun tak nak! Apatah lagi ada admire.." rungut Sara.

"Dah lah Sara! Jangan cakap macam tu lagi.Malas aku nak dengar! Lebih baik kita pergi ke sana! Aku ada barang nak beli ni.Baru teringat.Jom!" ajak Lia sambil menarik tangan Sara.Dia tidak mahu perbicaraan itu diteruskan.Sudah kenal benar perangai Sara tu.Kalau dilayan,makin aneh jadinya..


Mungkin dalam kehidupan seharian kita ade yang begini kan? Atau mungkin tidak tetapi maksudnya sama! inginkan kecantikan cukuplah sekadar kecantikan yang cukup membuatkan diri disukai dan dikagumi.Tapi bila difikir-fikirkan,seronok jadi cantik! yelah,ramai orang nak! hehe..tak pun bila amik gambar,tak payah dok penat2 mekap tuk kelihatan cantik. Cantik itu anugerah..Cantik itu sesuatu yang subjektif! Mungkin tak semua cantik dari segi rupa..

"Kecantikan tu hanyalah sementara.."

Takkan kekal..Semuanya terpulang pada diri kita macam mana kita menjaga diri sendiri..Setiap yang dijadikan itu unik..kerana mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri..nobodys perfect right? Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu dan ini. Kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita..tapi Allah Maha Mengetahui setiap yang terjadi.Apa yang diadikan Allh itu adalah yang terbaik bagi kita. 

Kadang2 susah juga jadi cantik ni. Macam2 masalah lain pula timbul kalau kita tidak tahu menghargai dan menggunakan kecantikkan itu pada jalannya yang benar. So,conclusionnya is jadilah diri anda seadanya! Setiap insan tu cantik. Hanya segelintir yang mampu melihat kecantikkan yang diciptakan Allah...



"Berubah untuk tampak cantik itu boleh tapi janganlah terlalu berlebihan sehingga kita merubah apa yang diciptakan Allah buat kita.."



Semua orang cantik. Mungkin tidak dari segi wajah tapi dari segi budi bahasanya,tingkah lakunya atau mungkin ketulusan hatinya..yakinlah dengan diri sendiri!!! Setiap kejadian itu ada hikmahnya..jadi diri sendiri itu yang terbaik! Kita tak nak kan jika kita mempunyai teman yang hanya menyukai kita kerana kita cantik? bukan kerana mereka benar2 ikhlas menyukai atau mencintai kita...


***Berfikir seketika..

No comments:

Post a Comment