◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, May 16, 2011

Hari ibu dan hari guru !

Salam,

HARI IBU dan HARI GURU ! kedua-duanya disambut dalam bulan mei.. Baru sahaja beberapa minggu hari ibu diraikan . Hari guru pula membuka tirainya .


Hari ibu . Bukan sahaja Malaysia yang menyambut hari ibu malahan negara2 lain juga turut meraikannya ... Selamat Hari ibu . Happy mother's day . Walau apepun bahasa yang digunakan maksudnya tetap sama. Walaupun hari ibu diadakan setiap tahun bagi meraikan ibu2 di seluruh negara bukanlah bermakna pada hari tu je kita nak raikan ibu .. hargai ibu ... Setiap hari adalah hari ibu ... Tunjukkan kasih sayang anda setiap hari bukan sekali dalam setahun . :)


Mama,mak,mummy,ibu,ummi ! walau apepun panggilan yang digunakan, tetap sama artinya ! Pengorbanan ibu tak mungkin dapat dibalas sepenuhnya ... Pengorbanan ibu sangat besar ! Melahirkan kita dan menjaga tanpa mengenal erti jemu ... Di saat mata terpejam rapat , ibu masih belum melelapkan mata untuk menjaga anaknya . Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan mendekati anaknya .. Sanggup berlapar untuk melihat anaknya gembira. Tak dilupakan jugak jasa bapa . Kenanglah jasa ibumu .. Teringat kata2 mama aku .. 

" Mama dengan ayah tak mintak duit kau . Cukuplah kau belaja betul2 jadi orang yang berjaya . Ingat mama ayah ni ... Tunjuk kat orang lain (orang2 yang tak berpuas hati dgn family kiteorg) kau pun boleh berjaya . Duit2 kau mama tak heran . Kau nak bagi , bagi . taknak bagi , tak kesah . "


Walau apepun yang kita lakukan tak kan dapat membalas pengorbanan insan yang bernama ibu ! Mom ! I love you so much ! 

"Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku tak terbalas budi jasanya"

(Lirik lagu Anak Soleh...link share : http://www.liriknasyid.com/aeman-anak-soleh)


Kau dibuai mimpi dia jaga Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua Membilang usia
Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa Jasa bonda

( Lirik lagu Jasa Bonda...link share : http://www.liriknasyid.com/warisan-jasa-bonda )

Hari Guru . berbeza pula dengan Hari ibu . Kalau Hari ibu tarikh tidak tetap kadang2 . perasan tak ? Kalau Hari guru setiap 16 Mei untuk setiap tahun .. Guru diraikan pada hari tersebut . Tak perlu mengajar . Hari itu adalah hari untuk guru bersuka ria... hehe .. Kalau time sekolah dulu , Hari guru hari paling best . Macam2 aktiviti untuk guru2 . Ada karaoke , ade sukan . Yang wajib ade, guru2 akan menyanyi lagu tema Hari Guru ... Kemudian akan ade anugerah untuk cikgu2 ... 

Guru , cikgu , sama aje maksudnya .. ehhe .. Ade anugerah cikgu paling sporting lah .. cikgu paling garang lah .. Semua undian akan dilakukan oleh para pelajar ataw murid . Kalau guru sekolah rendah , pasti hadiah banyak menanti ! Tapi kalau guru sekolah menengah, kuranglah hadiahnya ... hanya ucapan paling banyak diterima . betul tak ? Biasalah ... Perubahan berlaku . Alam kanak2 dan alam meningkat dewasa .


Guru . Ibarat lilin yang membakar diri .Mendidik tanpa rasa jemu . Di sekolah dialah ibu dialah bapa . Hargailah gurumu ... alam sekolah adalah alam yang paling seronok .. Selepas kita menjejak keluar dari zaman persekolahan,saat2 indah yang terukir sukar di cipta semula... Guru2 bukan menginginkan hadiah dari anak muridnya , cukuplah sekadar dia yakni anak muridnya itu memberikan kejayaan baginya ...Bait2 puisi yang dipetik dari nukilan Allahyarham Dato Dr Usman Awang yang bertajuk Guru Oh Guru.

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

( Link share : http://penyair.wordpress.com/2007/03/06/guru-o-guru )

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment