◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, May 19, 2011

Hati lain, mulut lain


Dalam hati mencintainya ,
Dalam rindu ada namanya,
Dalam lena terbayang wajahnya.
Dalam diam terdengar suaranya,
Dalam menung teringat memori bersamanya...

Aku mencintainya setulus hatiku. Jangan pernah ditanya sejak bila aku mencintaimu kerana aku juga tidak tahu sejak bila perasaan ini mula berputik dalam hatiku ...ia hadir tanpa aku sedari... Aku cuba mendekatimu tapi setiap kali aku mencuba,kau semakin menjauh...Lalu aku biarkan saja semuanya berlalu pada waktunya... Sekarang engkau akan semakin jauh dariku...dan mungkin akan terus menjauh.

Sedarkah ia aku mencintainya? Sedarkah ia aku cuba untuk mendekatinya? Sedarkah ia semua itu ? Dapatkah dia merasakan ape yang aku rasakan? Dalam hati " semoga dia sedar aku mencintainya " . Dalam realiti " Ya Allah , janganlah sampai dia tahu aku maseh mencintainya..."

Ini adalah realiti kehidupan. Mengapa harus ada dua persoalan yang berbeda? Sedangkan hati kata cinta ? Pasti diri akan mengharapkan insan itu menyedari akan hakikat perasaan tersebut ? kan? dan seharusnya begitu. Namun mengapa pula dalam hati ia berlainan , dalam realiti ia sungguh berbeda. 

Mungkin di dalam hatinya ia mengharapkan insan itu mengetahui rasa cinta yang hadir buatnya. Kerana baginya , hanya Allah dan insan itu yang tahu isi hatinya yang sebenar. Baginya,penantian itu sungguh menyakitkan...Biarlah insan itu mengetahui perasaanya yang sebenar..Apapun jawapannya akan diterima...

Tapi dalam realiti ia berlawanan.. Dia tidak mahu insan itu mengetahuinya .Kerna dia tidak mahu sekiranya insan itu mengetahui akan hal sebenar,cintanya itu akan ditolak..Perasan ! Dia tidak sanggup orang mengatakan dia perasan atau dalam bahasa mudah dia hanya bertepuk sebelah tangan.Dan dia tidak mahu insan itu menyalah tafsir akan dirinya... Baginya , biarlah dia menunggu seberapa lama pun untuk memiliki cinta insan tersebut walau harus terpaksa memendam perasaan lantas membuatkan hati semakin terluka.

"Cinta itu ibarat kupu-kupu...semakin dikejar ia semakin jauh namun andai satu saat dia kembali, dia untukmu...jika tidak anggap sahaja ia tidak pernah hadir dalam hidupmu..."

Cinta itu tak harus memiliki atau mungkin cinta itu akan dia miliki  bila sudah tiba saatnya...Dia yakin dengan apa yang dia rasakan dan cinta yang hadir yang dalam hatinya itu tidak mudah untuk dibuang begitu sahaja .. tidak mudah juga untuk diganti dengan insan lain.Bagi dirinya insan itu adalah perkara yang terindah pernah ada dalam hidupnya.

***Berfikir seketika...


No comments:

Post a Comment