◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, May 24, 2011

Kahwin vs couple




Kahwin vs Couple ? Pelik aje bunyinye. Bunyinye tak pelik tapi tingkah laku orang2 nye yang membuatkan aku rasa sangat pelik ! Bukan apa . Kalau kita berjalan2 di shopping2 complex mesti ada sahaja pasangan2 lelaki dan perempuan di sana sini. Dan yang menyakitkan mata,mereka bebas berpegangan tangan , berkelakuan mesra mengalahkan suami isteri. Meluat pulak melihatnya.Bila dilihat2 rupanya mereka ni masih belum ada apa2 ikatan yang sah iaitu ikatan pernikahan . Berlainan pula dengan pasangan2 yang sah ikatan mereka.Bila jalan,seorang ke sana,seorang ke sini.Bila beli barang,seorang ke kedai lain,seorang lagi entah kemana.

Pelik sungguh manusia ni.Sebelum kawen,bukan main lagi mesranya.sepertinya mahu menghebahkan di seluruh dunia "dialah kekasih hatiku" . Tapi bila dah kawen,bagaikan mahu disembunyi hubungan yang sah itu. Sebelum kawen,tidak mahu berenggang dengan kekasih hati.kemana sahaja pasti ingin diikut dan jika boleh,mahu duduk serumah.Tapi bila dah kawen kenapa semuanya mesti berubah? Mungkin telah bosan agaknya.hehe.. tapi tak semua pasangan begitu okay! yang dimaksudkan ini hanya segelintir sahaja . 


"Bukan PERKATAAN couple itu yang membuatkannya HARAM tetapi PERBUATAN ketika bercouple itu yang membuatkannya menjadi haram..."

Jagalah kelakuan semasa bercouple walaupun dalam Islam tidak menggalakkan hubungan tersebut malahan ada yang menyatakan ia haram kerana ia akan membawa kepada berlakunya zina.Islam telah menetapkan batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.


Sebaiknya biarlah kita bercinta selepas kahwin.Itu yang lebih indah.Tersangat indah mungkin.itu yang selalu aku dengar dari insan2 yang lebih tua dariku.Mungkin ia benar kerana mereka telah makan garam dulu dari kita. maknanya mereka lebih banyak pengalaman dan pengetahuan berbanding kita.

Apa2 pun semoga segalanya diredhai dan diberkati Allah,insyaAllah...


*Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment