◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, October 03, 2012

New Entry !


Salam , Alhamdulillah . Setelah sebulan lebih blog ni dibiarkan berhabuk , akhirnya hari ni dapatlah kemas2 sikit. Buang2 habuk tu , ehhe.. Ok , apa jadi pada aku ? Alhamdulillah , sekarang aku bergelar mahasiswi UiTM . Meneruskan pengajian di sini dalam usaha mencapai cita2 dan membawa harapan mama dan ayah #terutamanya membuatkan aku rasa bersemangat untuk belajar. Dan yang pastinya , hehe.. baru start with the first semester, aku dah rancang perjalanan masa depan aku . Dah mula terfikirkan tentang konvokesyen dan lain2! Sangat tak sabar untuk berada di atas pentas  Dewan Agong Tuanku Canselor ambil scroll degree tu . Seriously sangat tak sabar ! Setiap kali bila fikirkan saat tu , tiba2 rasa sebak sangat ... Wajah mama dan ayah mula bermain di minda. 


Tapi aku harus sedar , dalam perjalanan menuju kejayaan , tak semudah seperti apa yang kita sangka. Pastinya lebih banyak pahit dari manis. Ujian,dugaan dan cabaran akan datang silih berganti. adakalanya kita jatuh dan terpaksa berusaha lebih keras untuk bangun semula. InsyaAllah , aku akan lebih bersedia. Walaupun apapun yang berlaku, aku kena sentiasa ingat tujuan untama aku berada di sini. aku kena sentiasa ingat niat aku berada di sini sebab aku bukan sahaja membawa harapan aku untuk berjaya tapi aku juga membawa tanggungjawab dan amanah yang lebih besar iaitu harapan mama dan ayah aku dan juga keluarga. Aku taknak at the end of the days, harapan mereka hancur berkecai setelah mereka bersusah payah menyenangkan anak-anaknya demi melihat kami semua(adik beradik) berjaya. 

Setiap kali aku sedih, hanya itu yang menjadi sumber inspirasi aku untuk bangkit dari kesedihan. Tatkala hati terasa ingin berputus asa, mereka menjadi kekuatan untuk aku bangun semula. Aku tahu walau seribu orang pun yang pergi meninggalkan aku , aku masih ada mereka : Mama , Ayah , Akak, Kakngah, Ewan, Aca dan Adik yang sentiasa memberikan semangat, menyokong dan sentiasa di sisi. Aku juga ada Allah sebagai tempat mengadu. Jadi, aku di sini tidak keseorangan. 

Ya Allah , peliharalah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil. Permudahkanlah segala urusan kami, tetapkanlah hati kami. Kuatkan kami dalam menempuh apa juga cabaran yang mendatang . Berkati dan rahmatilah umur yang telah Engkau berikan ini. Semoga umur yang Engkau berikan ini dapat kami gunakan sebaik yang mungkin dalam mencari redhaMu.. InsyaAllah.. Ameen...

***Berfikir seketika...


p/s : Lagi 20hari untuk pulang. Really miss my family! <3



No comments:

Post a Comment