◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, October 18, 2012

Forum: Permata Yang Dicari (2)


Salam , alhamdulillah , walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.53 pagi , mata aku masih segar dan jari jemariku masih ligat untuk menyusun bicara. ( Mungkin sebab tadi aku dah tertidur sekejab). Okay ,entri ni adalah rentetan daripada entri sebelum ni . Kali ini , aku akan berkongsi apa yang aku pelajari semasa aku menghadiri majlis ilmu ini. 


Antara persoalan yang dibangkitkan dalam majlis ini adalah :


1. Kedudukan wanita dalam Islam iaitu wanita adalah permata yang dicari
2. Bagaimana cara untuk menjadi maruah permata ini
3. Kelebihan menjadi wanita
4. Orang seringkali memandang wanita yang menutup aurat itu kolot
5. Kenapa kita perlu cari permata itu. Di mana?
6. Cara untuk jadi permata yang dicari dan halangannya.


Kemudian dalam sesi soal jawab pula , antara soalan yang dikemukakan:


1.Pakai tudung tapi tak tutup dada
2. Nak berubah tapi tak kuat.


Kalau nak diikutkan memang banyak tapi aku cuba ringkaskan ye. 


Kedudukan wanita sangat tinggi sejak kedatangan Islam. Kalau dahulu, zaman jahiliah , wanita dipandang hina bahkan ada yang ditanam hidup2. Tapi selepas kedatangan Islam , martabat seorang wanita diangkat tinggi. Jadilah wanita muslimah yang berjawatan seperti bidadari syurga yang digambarkan. Cantik dan tak disentuh. Hanya yang layak mampu menyentuhnya. Di sini anda bolehlah tengok terjemahan Surah Ar Rahman ayat 56 yang bermaksud :

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin "

Dan juga ayat 58 yang bermaksud :
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Sebagaimana yang kita tahu , permata itu mahal. Sukar dicari. Oleh itu jadilah kita seperti permata2 itu yakni jadilah kita wanita yang berperwatakan yang sangat menggambarkan ciri-ciri wanita dalam al-Quran. Wanita telah Allah anugerahkan cantik. Cantik itu bergantung kepada ilmu,pendidikan yang diperolehi,akhlak yang baik dan lain2 . Bukan hanya paras rupa sahaja. Cantik dalam pelbagai segi. Jaga minda, hati,perasaan, tingkah laku daripada melakukan dosa. Begitu juga penampilan.

Permata yang paling hebat adalah SOLEHAH.


Kemudian kata ahli panel lagi , semua wanita wajib tahu Surah An-Nisa kerana semua ciri2 permata ada dalam surah ini.



Malu itu adalah pakaian seorang gadis.
Tak tersentuh auratnya dengan yang haram , matanya dan lain2.. Pergaulannya tak jejaskan akidah. Gaya hidupnya mengikut syariat.

Sebaik2 harta adalah wanita solehah... Bagaimana untuk menjaga maruah semuanya datang dari dalam diri kita sendiri. Perkara pertama apabila kita mengambil keputusan untuk berubah ialah menutup aurat kerana dengan menutup aurat , ia akan menjadi kunci kepada segala akhlak wanita. Pakaian menunjukkan siapa diri kita dan insyaAllah diri kita akan terpelihara. Indahnya wanita apabila ia menutup auratnya. Sebenarnya bila kita menutup aurat , dia relate dengan semua sekali, once kita dah tutup aurat , insyaAllah yang lain2 Allah mudahkan...

Lepas tu , kalau nak pakai tudung , pakailah betul-betul. Tutup aurat sebetulnya, jangan sekadar ikut trend,terpaksa atau sebagai syarat sahaja. ( Aku pun pernah juga bangkitkan isu ini dalam entri terdahulu...) Bila kita menutup aurat , sebenarnya orang akan lebih hormat kepada kita. Manusia dijadikan mempunyai 2 hal, iaitu jasad dan jiwa. Jiwa harus dipelihara sebaik yang mungkin. Kalau jasad sahaja dipelihara , tetapi jiwa dibiarkan rosak , tak ada gunanya.





Wanita itu ibarat mawar. Mawar itu berduri. Jadilah mawar yang masih ditangkai,dipetik oleh tangan-tangan yang soleh. Jadilah mawar-mawar yang di tanam di istana, tak semua dapat melihat dan memetiknya. Hanya yang layak sahaja boleh melihat dan memetiknya...

Sebagai wanita juga, kita harus menerima diri kita seadanya.Cantik itu subjektif. Cantik itu ada di mata kita dan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah jadikan. Sayangilah diri sendiri. Kecantikan luaran tak memberi apa2 makna kalau kecantikan dalaman tak dijaga. 


Lidah itu penanda kita cantik atau tidak.. (Imam Syafie)

Setiap hari salah satu doa yang patut kita lafazkanlah ialah 



"Ya Allah , jadikan aku anak2 solehah, temukan aku dengan ilmu2 yang bermanfaat dan temukan aku dengan jodoh yang Engkau redhai... "


Kita perlu menjaga ibadah kita. Ingat :
1. Cari redha Allah
2. Cari ilmu



Sudah mula jemu untuk membaca ??? Rehat sebentar kemudian teruskan semula bacaan anda, insyaAllah bacaan anda tidak sia-sia dan tidak rugi sama sekali :)  


Persepsi masyarakat kini yang mengatakan menutup aurat itu kolot. Sebenarnya pemikiran mereka yang kolot. Mereka sebenarnya perlu faham betul2 konteks menutup aurat. Sebagai seorang wanita yang ingin menjadi permata yang dicari , janganlah kita menghiraukan pandangan mata manusia kerana pandangan mata Allah itu lebih penting dari segalanya. Cantik wanita itu pada akhlaknya bukan pada labuhnya tudung yang dipakai dan lain2..

Jadilah kita wanita yang dicari. Mempunyai personaliti dan jangan sama sekali ada niat untuk diperhati dan mencari perhatian. Bertudunglah dengan kerelaan hati semata2 untuk mencari redhaNya. Bacalah buku2 yang boleh membantu anda dalam melakukan perubahan seperti dalam wahyu pertama yang diturunkan.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" .
 (Surah Al-Alaq ayat 1)


Kalau dah ada ilmu, insyaAllah semuanya menjadi mudah. Bila kita mula berhijrah, kita kena istiqamah. kalau kita benar2 ikhlas, insyaAllah Allah akan sentiasa tolong 

Memandangkan sekarang , fesyen tudung terlalu banyak di sekeliling kita , namun timbul persoalan, adakah kita berpakaian seperti yang ditetapkan dan ada juga persoalan sudah pakai tudung tapi jahat ? Sebenarnya semuanya bermula dari hati. Kalau kita buat kerana Allah, cari redha Allah, takut kepada Allah , takkan timbul soal isu pakai tudung tapi jahat. Begitu juga dengan cara pemakaian tudung kita. 

Baik itu bukan buat-buat. Baik itu hidayah. Apa yang kita buat kita kena ada ilmu. Nak makan pun kena ada ilmu kan ? Tunduk pandangan itu pula tunduk kepada Allah . Jaga anggota, perasaan , minda supaya tak tersalah guna. Jaga pandangan, tak sombong, tak takut untuk berbicara di khalayak ramai.. berjalan dalam keadaan yang sangat santun. Sentiasa mengambil kira apa yang agama kata. Memilih , meilhat, menilai berasaskan pandangan agama. 


Pemikirannya memikirkan " Ini Allah bagi buat ke tidak ? Nabi ada buat ke tidak ?"


Seperti yang aku katakan di awal bicara , soalan2 yang ditanya antaranya pakai tudung tapi tak tutup dada. Jawapannya adalah salah dan tidak boleh. Pakai tudung pastikan bawah dada.. Dipandang dari sisi dan dari depan bertutup. Cuba kita renungkan sebentar ,dalam Surah An Nur ayat 31.

Firman Allah, 
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” 


Bagi wanita yang masih belum bernikah , anggotanya haram disentuh dan dipegang apabila bertudung ataupun tidak walaupun dah bertunang. 

Brave,bright, beauty
Soalan kedua pula , nak berubah tapi tak kuat . Jawapannya adalah : dah ada keinginan untuk berubah, bagus. Bila kita nak, kita kenalah ikut tatacara. Pertama , cari ilmu, dekatkan diri dengan Allah dan dengan orang2 yang lebih baiok dari kita .Orang yang nak berubah sentiasa nampak hujungnya. mesti ada yang menjadi contoh untuk kita berubah. 




Jangan kita berubah kerana orang , berubah kerana Allah. Berubah kerana Allah nescaya kekal selamanya perubahan itu , tetapi berubah kerana manusia , hanya mampu bertahan sekejab sahaja.
Orang yang merasa Allah dekat , lebih dekat dari urat lehernya. Setiap anggota ini kita pinjam , jagalah ia sebaik mungkin. Pulangkan dalam keadaan yang baik.

Berubah itu susah namun ia adalah pilihan kita. Seperti yang dikatakn , berubah kerana orang , anda tak mampu mengekalkannya...

Sekian sahaja yang mampu aku kongsikan , mudah-mudahan membawa sedikit manfaat bagi yang membaca. Yang baik itu datangnya daripada Allah , yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri yang Allah berikan... Wallahualam.. 

#Peringatan untuk diri sendiri juga...



***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment