◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, October 14, 2012

Campus Life: Student dan Wang


Salam , Okay. Berita gembira buat student UiTM kelompok pertama kerana PTPTN telah kreditkan wang ke akaun anda. Melihat reaksi teman-teman yang begitu teruja bila mendengar berita tersebut , terlintas di fikiran betapa bertuahnya menjadi pelajar. Namun jauh di sudut hati , aku tertanya-tanya, adakah duit yang diperolehi itu akan digunakan sebaik yang mungkin atau hanya digunakan untuk keseronokkan semata2... ya Allah , bimbinglah aku . Elakkan aku daripada menggunakan duit tersebut ke jalan maksiat..

Cantikkan ? Tapi aku tak pernah sampai lagi..
Pelbagai rancangan telah dibuat oleh pelajar2 ini. Bagi pelajar2 yang berada di sekitar sini , Mid Valley , I-city menjadi pilihan. Begitu juga dengan tempat2 yang sewaktu dengannya. Sebagai seorang manusia biasa , aku pun turut merasakan seperti apa yang mereka rasakan. Terlalu banyak keinginan yang ingin kita miliki. Tapi sebagai seorang yang bergelar pelajar , anda harus ingat tanggungjawab dan amanah yang sedang anda pikul. Duit yang diamanahkan itu apa tujuannya. Tak salah sekiranya kita ingin berseronok tetapi biarlah berpada2.. 

Jangan sampai jadi macam ni : Ada dua bulan lagi sebelum tamat sem 2, duit dah habis. Terpaksa call parents minta duit. Bank in kan duit.. 

p/s : kalau duit tu habis sebab kita guna beli buku , bayar yuran dan lain2 yang berkaitan pelajaran atau keperluan sebagai pelajar tak mengapa. Tapi macam mana pulak kalau duit tu lebih banyak digunakan untuk keseronokan sendiri ? Tak terselit ke rasa kasihan kat mama ayah kita? Mereka juga mempunyai masalah2 lain yang perlu diuruskan.. dan bagaimana pula jika kita mempunyai adik beradik yang lain .

Tapi sekiranya keluarga anda memang telah Allah berikan rezeki yang lebih daripada cukup , bersyukurlah kerana anda tak perlu terlalu banyak berfikir tentang duit yang anda dapat tu . 

Teringat satu cerita ni, cerita ni diceritakan oleh seorang akak yang bekerja dengan aku. Namanya Emy. Masa tu aku kerja as a promoter untuk handbag. Cerita akak tu lebih kurang macam ni lah.. (Ada sedikit pengubahsuaian)

" Sebelum Fara kerja sini , ada seorang budak ni pun nama sama macam Fara kerja sini. Masa mula2 dapat gaji tu , akak pesan kat dia simpan sikit duit tu untuk sambung belajar. Dia setuju ajelah . Tapi biasalah Fara , bila duit dah kat tangan , macam2 kita nak . Budak tu beli lah macam2 dengan duit gaji tu . Dia kata tak apa . Bulan depan ada gaji lagi . Tapi bila tiba bulan seterusnya , masih sama jugak situasinya. Akak cuma mengingatkan dia . Kemudian dia cakap : "Alah . nak sambung belajar , itu kan tanggungjawab mak dan ayah untuk sediakan keperluan belajar anak2". Sekarang ni bila dia dah sambung belajar , dia kata banyak nak pakai duit. Selalu tanya akak bila gaji dia nak masuk. "

Ok , sekarang apa yang anda nampak di situ ? Aku cuma nak highlightkan di sini 

"Alah . nak sambung belajar , itu kan tanggungjawab mak dan ayah untuk sediakan keperluan belajar anak2."

Bagi aku lah , seorang anak sepatutnya tak boleh terus berfikiran mcm ni. Kena ada perasaan nak tolong kurangkan beban mama dan ayah . Tak nak susah mereka sangat. Ya , apa yang dikatakan itu sangatlah betul. Itu adalah tanggungjawab parents untuk sediakan keperluan kita. Tapi pernah tak kita duduk sejenak dan berfikir betapa susahnya mereka sejak dulu sampai sekarang membesarkan kita . Takkan sebagai seorang anak , kita tak boleh nak ada pemikiran " Aku nak tolong mama ayah. Aku nak simpan sikit duit ni supaya senang nak sambung belajar ni. Mungkin duit ni dapat kurangkan sedikit beban mereka.." 

Personally , bagi aku . Mungkin sebab aku dah terbiasa. ( tak bermaksud nak puji diri sendiri) Bila aku kerja walaupun sekejab , aku rasa satu keperluan untuk aku asingkan sedikit duit yang aku dapat untuk kegunaan masa depan. Sebab sebelum ni , aku terlalu boros sampai kan satu saat bila aku perlukan sesuatu , aku perlukan usahakan untuk dapatnya. tak lain dan tak bukan , mintak dari parentslah.. Start dari situ aku mula fikir betapa pentingnya menabung. Satu keperluan untuk ada perancangan kewangan. Dan sebab itu , sebelum aku keluar beli barang , aku akan list out brg apa yang aku nak beli supaya aku dapat bajet duit di situ dan elakkan pembelian yang mengikut kehendak . Tapi kadang2 kalau aku terasa nak beli , aku beli cumanya aku akan fikir berulang kali sebelum decide nak atau taknak. Bukan nak kedekut tapi kadang2 kita perlukan korban sesuatu yang kita nak untuk sesuatu yang lebih baik di masa depan. 

Sekarang situasinya sebagai seorang pejar yang diberikan elaun atau pinjaman, kita juga harus ada pemikiran begitu . Kalau boleh tak nak susahkan mak dan ayah. Kita dah ada duit , gunakan duit tu sebaik mungkin . Sekurang2 nya ia boleh mengurangkan sedikit beban mak dan ayah . Tapi itu tak bermaksud mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Sebagai anak , kita boleh fikir sendiri.    

Gunakanlah apa yang anda perolehi ke jalan yang betul . Gunakan ia sebaik yang mungkin agar kelak anda tak menyesal. Jangan terlalu diikutkan kata hati. Sebelum lakukan sesuatu , fikirlah sama ada ia satu kehendak atau keperluan . Beringat2 dalam berbelanja.. 

p/s : Pesanan untuk diri aku jugak sebenarnya... yang baik itu datangnya daripada Allah , yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri yang Allah berikan.. 

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment