◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, October 16, 2012

Forum: Permata Yang Dicari (1)




Salam , alhamdulillah , hari Ahad yang lepas , aku berpeluang menghadirkan diri ke satu majlis ilmu , iaitu forum yang diberi tajuk Permata Yang Dicari. Mula2 bila dengar tentang forum ni , terfikir jugak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan permata yang dicari tu .. Mungkin berkenaan jodoh sebabnya ada lagu nasyid ni yang bertajuk Permata Yang Dicari. Tak pernah dengar? Cubalah dengar . Tak rugi ! Beberapa hari sebelum forum , aku memang betul2 nak pergi. Lebih2 lagi panel jemputannya adalah Dr Rubiah K Hamzah(Ummi) dan kak Nora. bagi yang tak mengenali Ummi tu , mungkin korang akan kenal bila sebut sahaja tentang ustazah pilihan. Sebab dalam program tu, Ummi salah seorang jurinya dan kak Nora pulak,mestilah semua orang tahukan. Begitu terkenal dengan lagu Desa Tercinta. 

    

Alhamdulillah , Allah mudahkan perjalanan aku ke sana. Ringan kakiku melangkah , penuh semangat  demi mencari ilmu yang diredhaiNya walaupun aku pergi bersendirian. Semuanya bermula dari niat . Dari situ , aku menjadi semangat untuk terus melangkah tanpa ada rasa ragu. InsyaAllah , niat yang baik , akan Allah mudahkan.. Begitu juga pada hari Jumaat yang lepas, aku mengikuti akak sedare aku ke satu majlis ilmu di Masjid Al Munawwarah dan antara ahli panelnya adalah Ustaz Azhar Idrus.

Berbalik kepada forum Permata Yang Dicari , teramatlah rugi bagi kaum hawa yang tidak menghadirkan diri kerana begitu banyak ilmu yang diperoleh yang mana ilmu itu sangat berguna untuk diri kita sendiri dalam menyiapkan diri untuk menjadi sesuatu yang lebih baik . Pelbagai tajuk dikupas terutamanya mengenai akhlak seorang wanita. Ya Allah , terasa begitu kerdilnya diri ku ketika itu. Terlalu banyak perkara yang perlu aku baiki. Nak tahu apa yang dibicarakan? InsyaAllah akan menyusul dalam entri yang seterusnya... Mudah-mudahan... InsyaAllah... Bersambung....

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment