◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, February 24, 2014

Kita sangka BESAR rupanya KECIL

Jambangan roses yang besar belum tentu pasunya pun besarkan. Kita sangka besar rupanya kecil

Salam,

Alhamdulillah syukur. Syukur di atas segala nikmat yang Allah beri kat kita. Sedang hati berdukacita di atas ujian yang menimpa diri, Allah hadirkan sesuatu yang buat aku sedar, ujian Allah ini tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Allahu... Wallahi, hati ni sedikit tersentuh, sebak dan sayu.


Di saat aku merasakan diri ini keseorangan. 
Di saat aku merasakan diri ini ditinggalkan
Di saat aku merasakan
"Ya Allah, betapa beratnya ujian ini."
"Ya Allah, betapa besarnya ujian ini" 
Aku gagal menilai diriku yang hanya bergelar hambaNya
Yang memang selayaknya menerima segala ujian Allah.
Aku gagal dalam melihat alam sekeliling
Ujian ini hanya kecil jika nak dibandingkan dengan insan lain


Setiap orang Allah datangkan ujian berbeza-beza mengikut tingkat keimanan mereka and the most important thing is Allah beri ujian kat kita sesuai dengan kemampuan kita. Tapi aku admit yang kadangkala aku sendiri rasa aku tak mampu nak hadapi ujian Allah. Kita sangka ujian kita BESAR sampai kita dah tak tahu nak buat apa. Hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. Tapi rupa-rupanya ujian ni hanyalah KECIL. Betul kata orang, di saat kita merasakan diri kita susah, pandanglah ke bawah. Ada lagi insan yang lebih susah daripada kita. Dan di saat kita merasakan kitalah yang paling beruntung, dongaklah ke atas. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi manusia yang tahu menilai erti syukur..

Jom kita try satu aktiviti mudah. Anda cuma perlu,


Take a minute. Cuba kita pejam mata jab, lihat ke belakang. *kira flashback lah*


Berapa banyak dah ujian yang Allah beri, yang kita kata kita tak mampu nak hadapi, tak mampu nak lalui tapi sampai sekarang everything just goes smoothly mengikut kehendak Allah? Nampak tak kita ni kuat sebenarnya. Kita ni mampu nak tanggung.. Sekarang kita masih kuat kan. Buktinya, kita berjaya melewati waktu-waktu sukar tu. Aku sendiri bukan manusia yang sempurna. Kadangkala ujian yang Allah beri, aku mengeluh. Aku masih insan yang lemah. Masih mencari-cari sesuatu yang hilang. Masih belajar dan cuba memperbaiki diri.



Sometimes, life doesn't go the way that you planned or wanted because Allah has far greater plans for your life. The moment we understand, Allah's decisions are always in our best interest, life becomes that little bit easier. Alhamdulillah. La tahzan, innallaha ma'ana :')



Kadangkala aku tersasar di landasan yang sepatutnya. Tapi kasihnya Allah, masih lagi memberi aku kasih sayangnya untuk aku kembali ke jalanNya. Setiap yang aku tulis ini menjadi pendorong buat aku. Menjadi peniup semangat untuk aku bangkit meneruskan perjuangan di samping berkongsi apa yang aku tahu. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat.



Walaupun kita tak disuruh mencari sedih tapi sedih berjaya membawa orang berjumpa Allah. (Dr Asri)



Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba. Aamiin ya Rabb...


***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment