◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, February 19, 2014

Melangkahlah dengan yakin...



Salam,

Setiap yang hidup pasti akan di uji olehNya. Kadang-kadang kita rasa macam kita tak kuat nak hadapi semua ujian-ujian yang Allah berikan. Ada kalanya iman kita terlalu lemah untuk menerima segala yang terjadi ini adalah di atas kehendak Allah dengan izin dan redhaNya. Ada ketika kita rasa macam kita ni yang paling teruk. 

Wahai hati, kuatkanlah imanmu. Bangkitlah dari kelemahan dan kegagalan diri. Teruskan melangkah dengan yakin Allah akan permudahkan jalanmu. Yakinlah wahai hati, setiap yang terjadi pastinya tersembunyi 1001 hikmah. Pasti.. Walaupun kini hakikatnya pahit untuk ditelan, yakinlah... Di penghujungnya nanti, Allah akan hadiahkan kita dengan sesuatu yang di luar jangkaan kita. Pastinya akan membuatkan kita tersenyum dan bersyukur. We never know. Teruskan melangkah dengan yakin tapi jangan jadi orang yang over confident. 



Melangkahlah dengan yakin kerana Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia-sia. 
Melangkahlah dengan yakin kerana perjuangan ini harus diteruskan. 
Melangkahlah dengan yakin selagi diberi peluang olehNya untuk meneruskan kehidupan. 
Melangkahlah dengan yakin kerana kita masih ada hati yang perlu dijaga.
Melangkahlah dengan yakin kerana kita masih ada visi dan misi untuk dicapai.
Melangkahlah dengan yakin kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Teruskan berdoa, berusaha, istiqamah dan tawakal.



Dan di saat kita merasakan kita tidak ada sesiapa di jalan perjuangan ini, ingat sentiasa. Kita ada Allah. Kita ada mama dan ayah. Kita ada keluarga yang sentiasa di sisi. Apa yang penting, kuatkan semangat dan jangan pernah menyerah sebab apapun yang terjadi dalam hidup kita ni, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Yakin itu. InsyaAllah.. Everything will goes smoothly. Ingat 2 ayat ni : Surah Al-Baqarah 216 dan ayat 286. InsyaAllah hati akan tenang dengan setiap ujian yang menimpa. Wallahu a'lam. 

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment