CINTA BERSATU: BAHAGIAN 1
Kesibukan
di tempat kerja hari ini membuatkan Naziha terpaksa pulang lewat. Memandangkan
esok syarikatnya akan mengadakan mesyuarat , beberapa dokumen penting perlu
disiapkan segera. Sebagai setiausaha syarikat dia bertanggungjawab dalam
memastikan mesyuarat itu berjalan lancar esok . Jam menunjukkan pukul 6.45
petang, Naziha mula melangkah keluar. Azan Maghrib akan berkumandang tidak lama
lagi. Seperti biasa, Naziha akan singgah sebentar di masjid yang berhampiran
dengan syarikatnya untuk menunaikan solat Maghrib. Di situ Naziha berasa sangat
tenang. Ketenangan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Segala
keletihan dan masalah dunia hilang seketika dari kotak fikirannya.
"Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah kerana masih mengizinkan aku untuk melihat bumi
ciptaanMu.." bisik Naziha perlahan tatkala azan mula berkumandang.
Entah
mengapa sejak dia melangkah masuk ke masjid itu, jantungnya mula berdegup
kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Doa sentiasa dipanjatkan agar dia dan
keluarganya dijauhkan dari apa jua perkara yang tidak diingini. Seusai
menunaikan solat maghrib, Naziha mula melangkah keluar dari masjid menuju ke
tempat meletak kereta. Ketika sedang sedang sibuk mengatur langkah, tiba-tiba
dirinya disapa oleh seorang lelaki dari belakang. Ketika itu jantungnya semakin
berdegup kencang.
"Ya
Allah ,lindungilah aku.. Jauhkan aku dari hal-hal yang tidak baik."
"Assalamualaikum...Naziha
Aleesya? " suaranya perlahan tetapi begitu lembut.
Naziha
menjawab salam tersebut sambil menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Ya
Allah...dia? " Naziha terkedu. Hatinya mula berkata-kata.
"Naziha
Aleesya, awakkan?" soal suara tadi.
"Ye
saya. Awak... awak.. Irfan Danial?" suaranya tersekat-sekat. Seolah-olah
tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.. Nama yang sudah begitu lama
disimpan rapi dalam kotak hatinya kembali disebut. Naziha tetap mengajukan
pertanyaan. Dia masih menginginkan kepastian walaupun dia tahu andaiannya itu
sama sekali tepat. Matanya tidak mungkin silap.

"Ye,saya.
Irfan Danial. Awak ingat kat saya lagi rupanya. Saya ingatkan saya salah
orang.." bicara Irfan meneruskan perbualan.
"Takkanlah
saya boleh lupa kat awak. Awak je yang tak ingat kat saya. Seorang je? Mana
isteri awak?" balas Naziha sambil tersenyum kecil. Matanya memandang ke
kiri dan kanan Irfan seolah-olah sedang mencari sesuatu.
"Isteri
saya? Oh.. Sekarang dia tak ada. InsyaAllah nanti adalah tu." balas Irfan perlahan
sambil tersenyum memandang raut wajah Naziha.
"Eh, awak ni sorang je ke Aleesya? Cik abang mana? Kat dalam masjid lagi ke?" saja Irfan tanya sebegitu.
"Oh, cik abang sayaa... emm.. Buat masa ni belum ada lagi. Nanti-nanti dah ada saya kenalkan ye. Okaylah Irfan. Kalau
macam tu saya minta diri dululah ye. Nanti tak elok pula isteri awak nampak.
Tak pasal-pasal nanti bergaduh pulak awak." suaranya kedengaran seperti
kurang senang di situ.
"Dia
tak marah punyalah. Percayalah.." jawab Irfan selamba sambil tergelak
kecil. "By the way, Aleesya, awak masih pakai nombor yang sama
ke? " soal Irfan lagi. Irfan lebih suka memanggil Naziha
dengan nama Aleesya. Lebih comel katanya.
"Ye,
saya masih pakai nombor tu. Kalau ada apa-apa jangan segan-segan contact saya
ye. Okaylah , saya balik dulu. InsyaAllah jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi
"
"Baik-baik
drive ye Aleesya. Dah malam ni. Take care. " pesan Irfan penuh
perhatian.
"Saya
dah biasa. Okay, awak pun . Assalamualaikum." Naziha terus mematikan
perbualan.
Kereta
proton Myvi berwarna putih meluncur pergi hilang dari pandangan. Irfan mula
mengatur langkah menuju ke kereta Honda Accord miliknya yang kebetulan terletak
bersebelahan dengan kereta Naziha.
"Ya
Allah , aku yakin dialah orangnya.." bisik Irfan perlahan sambil tersenyum
kecil.
*** BERSAMBUNG...***
( COPYRIGHT@FARRAMIERA )
No comments:
Post a Comment