◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, May 21, 2014

MyCerpen: Cinta Bersatu (PART 3)

CINTA BERSATU: BAHAGIAN 3


Petang itu, Naziha memakai dress labuh berwarna ungu gelap yang dipadankan dengan tudung berwarna pink berbunga halus. Simple tetapi menarik. Naziha tampak anggun bergaya. Tepat jam 10.00 pagi, suara Irfan Danial mula kedengaran di pintu rumah memberi salam. Hatinya semakin berdebar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Ya. Lelaki yang bakal menjadi tunangannya sekaligus merangkap bakal suaminya. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sentiasa diucapkan di bibir dan di hati. Kepada Allah dipohon kekuatan untuk menjalani semua ini. 

Langkah diatur dari satu tangga ke satu tangga untuk turun ke bawah. Semakin jelas kedengaran suara lelaki itu yang sedang rancak berbual dengan mama dan ayahnya. Tiba di bawah, mata mereka saling bertaut. Irfan mengukir senyuman. Naziha terus melarikan anak matanya memandang mama dan ayah. Irfan tampak segak walaupun hanya memakai t-shirt lengan pendek berwarna biru muda dan sepasang seluar jeans berwarna hitam.

" Irfan, baik-baik bawak Ziha ni. Jangan buat benda-benda tak elok pulak. Ingat, walaupun kami ni tak ada,  Allah tu ada. Dia nampak apa yang kamu buat. Jangan balik lewat malam pulak ye. " pesan ayah dan mama

" Baiklah pakcik, makcik. InsyaAllah. Selagi dia ada dengan saya, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. " jawab Irfan sambil memandang Ziha yang sedang berdiri di samping mama dan ayahnya.

Kereta Honda Accord berwarna putih mula meluncur laju. Masing-masing hanya mendiamkan. Hanya kedengaran lagu-lagu yang diputarkan di radio.

" Diam aje. Awak marah kat saya ke Aleesya? " kesunyian yang mula membelenggu dimatikan dengan pertanyaan Irfan yang memulakan bicara.

" Hmm. Tak adalah. Mana ada. " balas Naziha acuh tak acuh. Matanya tidak sedikit pun memandang Irfan. Dia hanya memandang keluar dengan pandangan yang kosong. Fikirannya menerawang entah ke mana. Irfan pula dari tadi masih lagi berselindung. Tidak berterus terang dengannya. Kadangkala dirasakan lelaki itu sedang cuba mempermainkan perasaannya
  



" Awak nampak cantik hari ni. Sebenarnya hari-hari lain pun cantik juga. Sentiasa nampak cantik. " puji Irfan sambil tersenyum memandang Naziha. Matanya kadangkala mencuri pandang Naziha yang sedang khusyuk memerhatikan pemandangan luar. Naziha tidak membalas. Hanya mendiamkan diri. Cuba dilarikan wajahnya yang sedang merona kemerahan dek kerana pujian yang diberikan itu.

" Ish dia ni. Sengajalah tu nak buat aku malu-malu kucing. Aduhh.. Malunyaa " rungut hati kecil Naziha

Irfan tidak banyak bertanya kerana Naziha pun seperti malas hendak melayan pertanyaan dia.  Kereta terus dipandu menuju ke destinasi. Naziha pula terus mendiamkan diri. Irfan biarkan sahaja Naziha begitu. Dia tahu, Naziha pasti menunggu penjelasan daripadanya.

Hampir 3 jam perjalanan, mereka sampai ke destinasi yang di tuju. Cameron Highlands. Sengaja di bawa wanita itu ke sana kerana Irfan tahu benar buah hatinya itu sangat suka dengan bunga. Lebih-lebih bunga mawar. Mana-mana perempuan pun pasti akan sukakan bunga. Bunga itu cantik dan menenangkan. Itu yang pernah dikatakan Naziha Aleesya padanya. Raut wajah Naziha mula berubah. Kini hatinya berbunga riang. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk ke situ tapi disebabkan tanggungjawab dan kekangan masa, terpaksa disimpan sahaja niatnya itu. Senyuman mula terukir. Menambahkan lagi keayuan wajahnya.

“Kan bagus kalau senyum macam tu. Sejuk je hati ni tengok. Tak adalah kita ni rasa serba salah. Nak memandu pun hilang mood.. ” Irfan mula menegur Naziha.

“Awak sukakan tempat ni? Jangan cakap tak suka pulak. Dari tadi saya dok perhati awak tu dok senyum meleret. Kalau orang suka, mesti macam perangai awak tu. Senyum sesorang macam orang gila..” sambung Irfan lagi. Kali ni gelaknya mula kedengaran. Suka benar mengusik Naziha. Naziha hanya mampu tersenyum walaupun hatinya terasa ingin meletup mendengar gurauan Irfan.


 
“Awak ada hal apa nak cakap dengan saya? Sampai ke sini awak bawa saya..” Naziha mula menutur kata.

“Saya rasa awak dah tahu apa yang saya nak cakap. Tapi saya rasa, biarlah sekarang ni awak dengar dari mulut saya sendiri. Okay? Saya tahu dari semalam awak tertunggu-tunggu kan. Sebab tu lah awak tu semalam lain macam je. Called tak angkat, mesej pulak balas lambat. Dah lah tu, angkat called pulak sekejab je. Lepas tu letak. Hishh. Sabar ajelah saya.. Nasib baik awak tu bakal isteri saya, kalau orang lain....” panjang lebar Irfan membebel.

“Padanlah muka awak. Siapa suruh main tarik tali. Hmm.. Kalau orang lain??? Habiskanlah ayat tu. Kenapa tergantung je tu.. Awak nak cakap.. hah. Cepat cakap!” ketika tu jari telunjuk Naziha mula berada di depan mata Irfan. Irfan tergelak besar melihat gelagat Naziha. Tak ubah seperti kanak-kanak berusia 7 tahun.

“Tak ada apalah.. Awak ni kelakarlah.. Okay, okay. Sekarang ni awak cakap je apa yang sedang bermain di fikiran awak. Saya tahu bila mama dengan ayah awak cakap pasal lamaran tu, awak mesti terkejutkan? Lepas tu mulalah macam-macam soalan awak fikir. Sebelum awak buat andaian sendiri, baik awak bagitahu saya. Saya akan jelas semuanya kat awak.. Okay? Make it clear. Lepas ni tak adalah awak nak fikir yang bukan-bukan pasal saya.” Perbualan mula menjadi semakin serious.

“Hmmm.. Saya tak adalah fikir bukan-bukan pasal awak. Tapi saya pelik. Kenapa cepat sangat? Kan baru je 3 bulan awak kenal saya. Maksud saya, sejak kita jumpa kat masjid tu.. Baru 3 bulan. Awak tak rasa ke semuanya terlalu awal? Lepas tu, malam tu masa kat masjid.. Awak ingat tak saya ada tanya awak pasal isteri awak. Awak kata nanti adalah tu. Jadi saya pun confident sangat yang awak dah kahwin. Tetiba, tup-tup awak rajin dok mesej saya. Bukan tu je. Awak siap hantar bunga kat office sampai saya jadi malu dengan kawan-kawan office saya. Kalau kat twitter, tu dah kira trending tau. Kadang-kadang saya rasa macam awak ni nak mainkan hati saya. Dah kahwin tapi sibuk dok melayan orang lain.. Sebab fikir macam tu lah, saya jarang nak balas mesej awak.. Sampai akhirnya malam tadi mama dengan ayah kata family awak datang merisik dan awak terlebih dahulu dah jumpa dengan mak ayah saya.. Awak pulak langsung tak bagitahu apa-apa kat saya..” segala yang terbuku di kotak hati dan akal fikiran mula dimuntahkan. Naziha tidak mahu bermain dengan perasaan. Dia mahukan satu jawapan yang pasti agar di dapat melangkah dengan penuh yakin.

Irfan pula sabar mendengar satu demi satu setiap butir bicara gadis di depan matanya itu. Dia tahu pasti banyak persoalan yang bermain di hati gadis itu. Biarlah antara mereka masing-masing berterus terang supaya tidak ada lagi yang terasa hati.

“Amboi.. Pantang bagi bercakap. Banyak pulak cakapnya ye.. dah macam dengar ceramah pun ada.. ”

“Irfan!”

“Okay, okay. Gurau jelah. Janganlah buat muka. Okay, biar saya jawab semuanya tapi dengan syarat awak kena senyum dulu. Barulah ada mood saya nak bercerita pulak..” saja Irfan mengusik. Naziha pula terus memandang muka Irfan dengan senyuman yang mengejek.

“Mula-mula pasal 3 bulan tu. Bagi saya 3 bulan tu taklah awal pun. Saya dah kenal awak lama dan awak pun dah kenal saya lama.. Cuma bezanya kita hilang sekejab lepas tu baru jumpa balik. Kan? Awak nak saya tunggu berapa lama lagi. Dah cukup lama kot saya tunggu awak. Bila Allah temukan kita semula saya betul-betul yakin awak orangnya. Kedua pasal isteri. Saya belum kahwin lagi Aleesya. Awak kena faham betul-betul ayat saya tu. Kan saya kata “nanti adalah tu..” . Nanti... tu klu dia. Awak pulak dengan kelam kabut belum sempat nak berbual lagi dah mintak diri nak balik. So, awak tak payahlah takut kena serang dengan bini saya ke apa. Sebab awak tu lah bakal isteri saya. The only one.. InsyaAllah.. Patutlah awak ni jarang balas mesej saya. Sebab fikir macam tu. Bukan nak tanya.. Terus je dengan andaian tu.. Aleesya.. Aleesyaa...” matanya mula memandang mata Aleesya hingga membuatkan gadis itu tertunduk malu lantas mengalihkan pandangan. Walaupun mereka sedang berbual, Aleesya tidak berani untuk bertentang mata dengan Irfan. Cukuplah dengan hanya memandang raut wajah lelaki itu. Itu pun sudah mahu gugur jantungnya.

“Eh, soalan saya tak habis jawab lagi okay. Pasal lamaran tu..” Aleesya mula mengalihkan perhatian Irfan.

“Hah, malulah tu saya pandang mata awak. Nak ubah topik.” Irfan tergelak kecil. Sekali lagi, muka Aleesya merona kemerahan. Sikap Irfan yang sebegitu kadangkala membuatkan Aleesya tersipu malu.




“Dah dah. Cover sikit malu tu Aleesya.. Okaylah pasal lamaran tu. Simple. Saya rasa mama dengan ayah awak patut tahu dulu pasal semua ni sebelum awak. Sebab tu saya jumpa mereka tanpa pengetahuan awak and explained everything to them. Alhamdulillah. Mereka restu. Walaupun mereka restu, jawapan awak pun penting jugak buat saya. Sebab saya tak nak kalau awak terpaksa terima saya. Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan dua atau setahun dua. Saya nak hidup dengan awak sampai ke hujung nyawa saya dan kalau Allah izin, saya nak terus dengan awak sampai ke syurga. Malam tadi bila mak saya kata awak terima, saya seronok sangat. Tak sangka lamaran saya ni awak terima. Tu maknanya, saya tak bertepuk sebelah tanganlah kan.. Belum sempat saya nak cakap kat awak semalam, awak letak telefon. Tu yang saya terus called mama dengan ayah awak. Biar saya jelaskan face to face dengan awak. Senang. Tak lena tidur tau saya malam tadi.” Sambung Irfan lagi.

“Awak.... tak menyesal ke pilih saya? Awak tak takut pilihan awak ni salah? Awak tak takut ke kalau saya ni bukan seperti yang awak harapkan..” perlahan tapi penuh makna. Irfan memandang redup wajah Aleesya. Entah apa yang difikirkan gadis itu sehingga mengeluarkan soalan-soalan sebegitu.

“Naziha Aleesya.. Listen to me carefully... Bila saya dah buat keputusan untuk memilih awak sebagai isteri, itu juga bermakna saya bersedia menerima apa juga kelebihan dan kekurangan awak. Apapun Aleesyaa.. Saya terima awak seadanya sebab saya yakin dengan pilihan saya dan saya takkan menyesal dengan apa yang saya pilih. Saya tahu di sebalik semua ni sebenarnya Allah yang pilih awak untuk jadi isteri saya. Apa yang penting, mak ayah restu sebab restu Allah juga bersama restu mereka. Kita manusia tak ada yang sempurna. Saya pun banyak kurangnya. Sebab tu Allah jadikan kita berpasang-pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. So, please.. Jangan cakap macam ni lagi... Okay?” Aleesya terharu dengan jawapan yang diberikan. Irfan nampak bersungguh-sungguh sekali.

“Ya Allah.. Dia terlalu baik untukku. Mudah-mudahan aku dapat jadi yang terbaik untuk dia..” doanya perlahan..

“Terima kasih Irfan..  Thank you for everything..” Aleesya memberanikan diri memandang mata Irfan sambil mengukir senyuman.



*** BERSAMBUNG...***


( COPYRIGHT@FARRAMIERA )

No comments:

Post a Comment