◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, May 21, 2014

MyCerpen: Cinta Bersatu (PART 2)

CINTA BERSATU: BAHAGIAN 2


Sejak peristiwa pada malam itu, setiap hari Irfan tidak pernah lupa untuk menghantar ucapan selamat pagi mahupun selamat malam buat Naziha dan sering bertanya khabar tentangnya namun Naziha tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bimbang perasaannya yang akan terluka. Pernah satu hari, Naziha menerima sejambak bunga mawar merah dari Irfan di tempat kerjanya. Apalagi, bergosip sakanlah rakan-rakan office. Dari pagi hingga ke petang Naziha di usik oleh rakan-rakan. Naziha hanya mampu tersenyum sahaja melayan karenah mereka.


Sejambak bunga untuk seorang puteri..
yang senang untuk didekati
tapi sukar untuk dimiliki...
Irfan Danial




Senyuman terukir indah tatkala membaca sekeping kad berwarna merah yang terselit di celahan kuntuman bunga ros yang banyak. Hatinya terbuai indah seakan-akan sedang terbang tinggi di langit. Sedang leka di lamun angan-angan indah, tiba-tiba hatinya berbisik sendirian. Pelbagai persoalan dan perasaan mula hadir menyelubungi segenap ruang hati.

“Tapi Ziha.. Bukankah Irfan telah berkahwin. Malam tu..  Masa di masjid, bila kau tanya mana isteri dia. Bukan ke Irfan kata nanti adalah tu. Ya Allah, apa yang aku buat ni. Dia suami orang. Aku tak patut layan dia. Tak patut layan dia! Aku perempuan. Isteri dia pun perempuan. Macam mana kalau isteri dia tahu yang selama ni, setiap hari Irfan berhubung dengan aku dan macam mana kalau dia dapat tahu Irfan kirim bunga kat aku. Ya Allah..." Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Tetiba terasa gerun memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya isteri Ifran dapat tahu tentang hal ni.

“Irfan. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau sengaja nak mainkan hati aku ye?” keluh Naziha sendirian. Sejak itu, Ziha jarang melayan Irfan. Bimbang jika apa yang difikirkan itu benar belaka. Tak sanggup rasanya untuk dituduh perampas suami orang.


***


" Ziha, mama dengan ayah nak cakap sikit ni. " tutur bicara mama begitu lembut namun kedengaran sangat serious.

" Ye maa, ayah. Nak cakap apa? Kenapa macam serious je bunyinya ni.." soal Naziha kebingungan. 

" Macam ni.. Petang tadi ada orang datang merisik. Dia nak pinangkan Ziha dengan anak dia. Dia kata kalau kita setuju, minggu depan dia akan masuk meminang" jawab mama meneruskan bicara.

" Haa ??! Merisik? Meminang? Betul ke ni ma, yah ? Ziha tak salah dengar ke ni ? " soal Ziha bertalu-talu bagaikan wartawan yang sedang membuat liputan.

" Eh anak mama ni. Sejak bila dah jadi pekak pulak ni. Betullah mama cakap ni. Takkan mama nak tipu pulak benda-benda macam ni. "

" Ziha nak terima atau tidak? " soal ayah pula membuka bicara yang sedari tadi hanya menjadi pendengar. Naziha terus terdiam seribu bahasa. 

" Mama dan ayah akan sangat gembira kalau Naziha terima pinangan ni. Kami yakin dia adalah orang yang tepat untuk menjaga dan membimbing Naziha menggantikan kami. Naziha akan bahagia dengan dia nak. " sekali lagi mama bersuara meneruskan bicara. 

Naziha kebingungan. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh mamanya itu. Tak tahu apa yang harus dijawab. Terima atau tidak.

" Tapi... Ziha kenal ke orangnya ma, ayah? " soal Naziha perlahan sambil memandang ke raut wajah kedua orang tuanya itu. 

" Irfan Danial bin Azman. Ziha kenal dia kan?" sambil memandang wajah anaknya itu . Naziha terkedu seketika.

" Ya Allah , Irfan? Betul ke apa yang aku dengarkan ini ya Allah.. " bisik hatinya sendirian.  

" Irfan? Irfan Danial? Mama dengan ayah pasti dia orangnya? Tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun kat Ziha. Ma..ayah? " soal Naziha berulang kali. 

" Ye Naziha. Irfan. Dia datang sendiri jumpa kami sebelum dia meminta keluarganya untuk berbuat demikian. Dia betul-betul cintakan kamu nak. Dia ikhlas nak memperisterikan kamu. Dia nak restu dari kami sebelum dia beritahu Ziha. Dia nak Ziha tahu yang dia benar-benar ikhlas untuk menikahi Ziha. Mama dengan ayah yakin dia pilihan yang terbaik Ziha. Kalau kami dah tak ada nanti, kami yakin dia boleh gantikan tempat kami.." bicara mama panjang lebar. 

Tatkala itu air mata mama mula bergenang. Begitu juga dengan Naziha. Air matanya mula berlinangan. Mutiara jernih itu mula mengalir laju membasahi pipi. Ayah hanya menjadi pendengar kerana bagi ayah, isterinya lebih memahami perasaan puterinya itu. 

" Mama,ayah.. " sambil memegang tangan mama dan ayahnya. "Apa yang terbaik buat mama dan ayah adalah yang terbaik juga buat Ziha. Kalau mama dengan ayah betul-betul yakin dia adalah yang terbaik buat Ziha, Ziha terima maa, ayah lamaran ni. Walaupun dia bukan Irfan Danial sekalipun, Ziha akan tetap terima. Asalkan mama dengan ayah restu.. " sambung Naziha lagi sambil memandang raut wajah kedua orang tuanya itu. Air matanya mula berlinangan. Berulangkali dia mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya cinta yang selama ini disimpan dan diserahkan kepadaNya telah mendapat jawapan.

" Irfan... " senyuman kecil mula terukir namun perbagai persoalan masih bermain di mindanya.


*** 





Selepas Naziha bersetuju untuk menerima lamaran itu, mama dengan senang hati terus mengkhabarkan berita gembira itu kepada Aunty Lia, ibu kepada Irfan Danial. Lama mereka berborak di telefon. Ayah hanya mendengar sahaja. Naziha pula meminta diri untuk masuk ke bilik. Masuk sahaja ke dalam bilik, Naziha terus merebahkan badan di atas tilam empuknya. Malam itu Naziha tidak terus menghubungi Irfan. Sengaja ingin mendiamkan diri. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Seperti yang diduga, telefon bimbitnya yang dari tadi senyap mula mendendangkan lagu Starlight tears menandakan satu mesej telah masuk. Tertera nama Irfan Danial di skrin telefon bimbitnya.

Salam.
Awak buat apa tu?
Saya mengganggu ke?

Naziha tersenyum membaca mesej tersebut. "Masih jugak nak berselindung ye Irfan.." rungut hati kecilnya. 

Waalaikumsalam. 
Tak ganggu pun. Kenapa?

Setengah jam selepas itu baru dibalasnya mesej itu. Sengaja ini menduga Irfan.

Lambatnya balas.
Macam tak sudi je... 
Awak sibuk ke? 

"Eh dia ni. Nasib baik tak ada depan mata. Kalau tak, dah kena baling dengan bantal ni. Irfan, Irfan. Masih je nak berselindung. Tolak lamaran tu kang baru tahu. Eh, jab.. jab.. Ziha, kalau kau tolak lamaran tu, kau lah yang rugi nanti. Ish.. Jangan buat pasal Ziha. Elok-elok dapat terus melepas nanti. Tak apa. Kita layankan aje dia ni. Nak main tarik tali ye cik abang. " mulutnya bising mengeluarkan kata-kata lantas membuatkan dia tergelak kecil. 

Eh tak sibuk pun lah.
Sibuk sikit je melayan bf saya ni.
Tu yang terlambat balas.
Maaflah ye.

"Ha, nak sangat main tarik tali dengan aku. Padan muka." Kali ini senyuman makin meleret hingga ke telinga. Seronok rasa hati dapat kenakan Irfan. 

Melayan bf yang mana ni?
Bukan ke saya ni bf awak and
bakal suami awak? Awak tipu ye..
Hehehe...

Kali ni Irfan pula sengaja ingin mengusik Naziha Aleesya. Naziha pula jadi bengang dengan sikap Irfan yang masih berselindung dan sengaja ingin menduganya. Kononnya dia yang ingin mengenakan Irfan. Tapi dia pulak yang terkena. Dek kerana itu, Naziha hanya membiarkan sahaja  mesej itu tidak berbalas. Sengaja ingin menunjukkan protesnya terhadap lelaki itu. Tidak lama selepas itu, lagu Fading Flower nyanyian Yuna mula kedengaran menandakan satu panggilan telefon masuk. Irfan Danial. Namun dibiarkan sahaja telefonnya itu bernyanyi-nyanyi girang.

"Ish aku ni. Orang dah call tu angkat ajelah. Nak mengada-ngada pulak aku ni. Tak payah nak protes sangatlah Naziha. Nanti elok-elok boleh tidur malam, terus tak boleh tidur malam.." pujuk hati kecilnya. Masuk deringan ke 10 barulah diangkatnya panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Irfan, saya nak tidur ni. Lain kali kita sambung ye. Bye..." belum sempat Irfan memulakan perbualan, Naziha sepantas kilat mematikan panggilan tersebut. Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi malu untuk berbual dengan Irfan.

Pagi itu, seusai menunaikan solat Subuh, kedengaran satu mesej masuk di telefon bimbitnya. 

Aleesya,
Saya minta maaf kalau saya ada buat salah.
Pagi ni kita jumpa ye. Pukul 10..
Saya ambil awak di rumah.
Saya dah beritahu mama dan ayah awak semalam. 
Ada perkara yang perlu kita bincangkan.

Naziha hanya tersenyum membaca mesej Irfan. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang selepas membaca mesej dari Irfan. Seolah-olah itu kali pertama dia akan berjumpa dengan Irfan. Pagi itu, selepas membantu mama di dapur, mereka sama-sama bersarapan. Mama mula bercerita tentang majlis pertunangannya yang akan diadakan pada minggu hadapan. Kata mama, majlis pertunangannya akan diadakan pada hari Sabtu. Hanya saudara-mara terdekat sahaja yang akan diundang. Naziha tidak berhajat untuk menjemput rakan-rakannya. Biarlah pertunangan ini dirahsiakan dahulu. Majlis pernikahannya nanti barulah dikhabarkan kepada rakan-rakan. 

"Ziha, pukul 10 nanti Irfan nak ajak kamu keluar. Malam tadi dia dah telefon ayah, nak mintak izin ajak Ziha keluar. Ada hal yang perlu dibincangkan katanya. " ayah mula berbicara

"Hmm. Dia ada mesej Ziha beritahu." jawabnya endah tak endah

"Ni kenapa ni? Gaduh ke?" mama mula menyoal

"Taklah ma. Mana ada gaduh. Okay aje.."

"Jawab macam nak tak nak aje. Tak suka ke dengan lamaran tu Ziha? Kalau tak nak, cakap tak nak.. Mama tak paksa. Ini soal masa depan kamu. Kamu ada hak juga dalam membuat keputusan.." mama masih lagi menyoal inginkan kepastian.

"Eh mama ni. Ke situ pulak. Kan Ziha dah cakap malam tadi ma. Tak ada apa-apalah ma. Tak payah risau ye... " sambil tersenyum kecil, Ziha cuba menyakinkan mamanya itu.

"Nanti jangan balik lewat sangat tau. Tak elok anak dara keluar, balik lewat malam." nasihat ayah mula kedengaran. Mama juga mengiyakan apa yang dikatakan oleh ayah.



*** BERSAMBUNG...***


( COPYRIGHT@FARRAMIERA )

No comments:

Post a Comment