◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, May 22, 2014

NukilanKarya: Remaja Cerminan Masa Mendatang

Salam, 

Ini bukan sambungan untuk MyCerpen Cinta Bersatu. Sekadar berkongsi rasa. Alhamdulillah, semalam rezeki saya. For the second times, menang johan untuk kategori Pertandingan Menulis Esei bertemakan Peribadi Remaja peringkat kolej Mawar. Seriously semalam masa nak tunggu keputusan, memang menggigil satu badan, nervous yang teramat sampai nak nangis. Alhamdulillah. Ia berpihak pada saya. Terima kasih di atas sokongan dan doa. Jadi, atas permintaan kak iti, saya publish kan esei tersebut.. Mudah-mudahan memberi manfaat buat pembaca. Aamiinn :)

p/s: Sebarang cadangan, pendapat boleh terus beritahu saya. Esei sem lepas, insyaAllah akan share jugak. tapi tak janji okay :)


TAJUK: REMAJA KINI CERMINAN MASA HADAPAN


Marcapada ini, masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sering menjadi buah mulut masyarakat sama ada di laman sosial mahupun media tempatan. Globalisasi dunia yang semakin rancak menyusun rentak selari dengan arus perdana telah menyebabkan pewaris bangsa negara kita turut menerima biasnya. Perkembangan yang drastik dalam bidang teknologi bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah memberi impak yang besar kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Senario ini sudah pasti memberi natijah positif dalam perkembangan arus teknologi semasa namun secara ironinya ia diibaratkan duri dalam daging khususnya kepada golongan pewaris bangsa. Kemunculan pelbagai kemudahan teknologi seperti telefon pintar yang mengandungi pelbagai aplikasi telah menjadikan remaja masa kini hanyut di lautan kelekaaan yang ada kalanya tidak berisi informasi. Rentetan itu, ayahanda dan bonda sudah pastinya memikul tanggungjawab yang besar dalam mengawal pewaris bangsa ini agar tidak terus hanyut bak kata pepatah, jangan tunggu sudah terhantuk baru tergadah.

Sebagai interpretasi awalan, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi, “Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masyarakat, maka lihatlah remajanya pada hari ini.” Secara analoginya, jika diperhalusi dengan mata hati, golongan remaja adalah pencorak warna sesebuah masyarakat. Jika baik remajanya maka baiklah juga masyarakatnya. Bahkan pepatah melayu ada menyebut, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sudah terang lagi bersuluh, tidak dapat disangkal lagi bahawa remaja menjadi cerminan keadaan sesebuah bangsa pada masa hadapan. Justeru itu, dalam memastikan jati diri mapan dapat dibentuk dalam kalangan remaja masa kini, pelbagai cara harus diimplementasikan terutamanya oleh golongan ibu bapa. Malahan gugus hikmah ada berbunyi, ‘pendidikan itu bermula dari rumah.’ 

Benar! Ibu bapa bertanggungjawab dalam membentuk peribadi mulia dalam kalangan remaja. Namun secara umumnya, semua pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan impian ini bak kata pepatah melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Yang veteran perlu melihat remaja adalah aset yang harus mereka pelihara dengan baik agar dapat memberi keuntungan pada masa hadapan. Remaja pula perlu sedar akan kepentingan mereka kepada ummah sekaligus bangkit dari lamunan imaginasi dan dunia fantasi yang sama sekali tidak menjanjikan kejayaan. Jangan mudah terbuai dengan propaganda asing yang sering berirama sehingga kita tergelincir dari landasan yang sepatutnya.

 Sabda Rasulullah SAW, “Kejarlah lima waktu sebelum lima.” Jika diperhalusi dengan lebih mendalam, antara lima waktu sebelum lima itu adalah masa muda sebelum tua. Mengapa dikatakan masa muda sebelum tua? Kerana masa muda itu kita ada kekuatan, ada waktu dan ada seribu satu kelebihan berbanding masa tua. Dalam mencorakkan peribadi remaja ini, kita harus sedar bahawa hanya keimanan yang tinggi mampu mencorakkan remaja untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh, keimanan yang dimiliki oleh Muhammad Al Fateh telah membuatkan beliau berjaya merampas semula kota Konstantinopel yang amat kukuh dan utuh itu seawal usia 23 tahun, maka jalan sudah terbentang. Pendekatan ini harus diimplementasikan. Didikan keimanan harus dipasung agar kesedaran terus berpayung.

          Secara konklusinya, jagalah dirimu baik-baik dan usahakanlah kemuliaanmu kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab. Moga remaja kini akan menjadi generasi yang mempunyai minda kelas pertama menjadi warisan generasi rabbani penyambung masyarakat ulul albab setanding para sahabat Nabi SAW. 



(COPYRIGHT@FARRAMIERA)


Baju biru tu gambar masa penyampaian hadiah sem lepas. Baju kuning tu atau my mum called baju aiskrim, haha. Tu malam tadi.. :)


2 comments:

  1. memang wajib dan patut menang, i'm 24 years old pon tak reti buad ayat cenggini .. haha chayok umie, i'm soooo proud of you!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee, *mukamerah* . thankyou so much sebab baca. Thankyou utk semuanya.. Baru mencuba-cuba.. May Allah ease. InsyaAllah.. :)

      Delete