◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, February 13, 2015

Rezeki itu kurniaan Allah

Salam,

Alhamdulillah.. Kegembiraan yang kurasakan ini tidak tergambar dengan kata-kata. Sedang asyik membantu adik menyiapkan tugasan sekolah, bunyi telefon bimbit cukup menggetarkan rasa hati. Satu notification email telah diterima. Dengan pantas tangan mengambil telefon bimbit dan membuka email yang diterima. "sims" . Perkataan itu sahaja sudah cukup memberikan tamparan hebat buat diri. Keputusan peperiksaan final exam semester ke 5. For the first time aku menerima email seawal ini sepanjang 5 semester di UiTM.. Dikuatkan hati, selawat dan zikir sentiasa bermain di bibir. Takut tapi aku harus berhadapan dengan realiti.. Bukak sahaja peti inbox, mata terus melihat keseluruhan gred subjek kerana bagiku itulah yang paling penting. Pengalaman pahit yang pernah menimpa diri suatu ketika dulu cukup menjadikan aku seorang yang sangat paranoid dan sentiasa hilang keyakinan diri.. Alhamdulillah.. Kesemua subjek yang diambil tidak ada yang gagal. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sepanjang minggu ini, semakin dekat tarikh keputusan akan diumumkan, semakin terasa debaran di hati. Semakin hilang mood untuk bergembira dan bergelak tawa.. Susah hati setiap masa namun tetap menyerahkan segala harapan dan impian pada yang Maha Kuasa agar diberikan sesuatu yang terbaik dan menjadikan hati ini redha dengan setiap yang diberikan. "Ya Allah, apapun yang bakal aku terima, aku yakin itu yang terbaik buat aku menurutMu.. Mudah-mudahan hati aku redha menerima setiap yang bakal Engkau berikan.. ya Allah, mudah-mudahan apa yang bakal Engkau berikan tidak akan menghampakan hatiku dan yang paling utama adalah hati kedua ibu bapa.." Seringkali doa ini yang terdetik di hati.. Semakin dekat tarikh keputusan bakal diumumkan, semakin bertambah kerisauan hati. Yelah, hati mana yang tak risau memikirkan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (klik sini) yang bakal diterima.




Setiap hari akan minta mama mendoakan yang terbaik.. Dan sebelum email diterima pun, masih meluahkan keresahan hati pada mama dan akak.. Begitu juga pada insan-insan yang rapat dengan diri.. "Malam ni tak boleh tido kot.. Esok result keluar.. Susah hati.." Hanya Allah yang lebih memahami apa yang aku rasa.. Tak sanggup rasanya andai kata aku harus menambah semester pengajianku.. Tak sanggup melihat raut wajah kedua ibu bapaku yang telah banyak bersusah payah. Apatah lagi semester kali ini aku menetap di luar kolej kerana dipindahkan ke Puncak Alam. Pastinya telah banyak wang dilaburkan untukku.. Perjalanan dari Melaka ke Puncak Alam bukannya dekat dan disebabkan itu mama dan ayah hanya 2 kali sahaja naik ke Puncak Alam itu pun pada awal semester dan akhir semester berbeza semasa keberadaanku di Shah Alam. Di penghujung semester pula, macam-macam yang menimpa diri makin menambahkan kerisauan di hati mama terutamanya. Seringkali mama menelefon ketika itu dan sering jugak aku pulang ke Melaka.

Walaupun keputusan yang aku terima mungkin tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain, namun aku tetap sangat bersyukur kerana aku yakin dan percaya, apa yang Allah beri itu adalah terbaik buat diriku. Perjalanan hidupku telah diatur oleh yang Maha Kuasa. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri. Aku yakin rezeki Allah itu luas. Ada di mana sahaja dan setiap manusia yang Allah jadikan telah ditentukan rezeki mereka.. Janji Allah itu pasti.. Kita yang harus sentiasa bersangka baik padaNya. Selagi mana kita berusaha dan bertawakal hanya kepadaNya, pasti ada ganjaran yang disimpan olehNya buat kita. Itu jaminan Allah..

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Tidak perlu membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain sebab tiap orang kemampuan mereka berbeza.. Berusaha menjadi lebih baik dan menerima segala ketentuanNya. Sentiasa berdoa dan berbaik sangka. Pergantungan dan harapan yang tinggi hanya padaNya. Ku sandarkan hanya padaNya. Mungkin inilah kurniaan Allah di atas segala ujian yang ditimpakanNya. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Kalau Allah dah tetapkan itu yang terbaik buat kita, pasti Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Rezeki itu kurniaan Allah. Milik Allah. Kita hanya hambaNya yang sangat kerdil berlumur dosa. 


Masa ambil result PMR. Satu family ikut sama sebab baru balik dari bercuti kat PD. Tengok result, terus menangis. Beyond my expectation.. Family pun tak sangka sebab aku ni study dalam tido. hehee


Rakan-rakan yang lain masih lagi cuak, risau dan ada yang tak boleh tidur ketika aku sedang ralit berkongsi kegembiraan ini. Sabar ye rakan-rakan.. Mudah-mudahan Allah berikan mereka yang terbaik. InsyaAllah everything will be okay my sayang-sayang sekalian.. Bersangka baik dan berharap padaNya. InsyaAllah ada pelangi yang indah Allah simpan buat kalian. Wallahu a'lam..


"Ya Allah, mudah-mudahan hati ini Kau pelihara kerana sesungguhnya Kau yang membolak-balikkan hati manusia. Aku bimbang sekiranya terdetik sedikit perbandingan result ini dengan rakan-rakan yang lain. Aku bimbang sekiranya mulut, hati dan fikiran ini mula menyoalkan apa yang telah Kau berikan buatku.. Sesungguhnya aku tahu, "kalau" itu akan membuka pintu masukkannya syaitan. Mudah-mudahan hati ini Kau pelihara sentiasa untuk sentiasa mensyukuri segala rezeki kurniaanmu.. Aamiin ya Rabb.."



Berfikir seketika...


p/s: Gembira sangat sebab result semua lulus.. Seriously tak hebat mana macam rakan-rakan yang lain.. Cukuplah semuanya lulus dan lepas.. One step closer.. InsyaAllah :') . Terima kasih kepada semua yang mendoakan . Moga Allah membalas kebaikanmu dengan sesuatu yang indah dan penuh makna. 

No comments:

Post a Comment