◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, February 18, 2013

Aku dan Cinta Tak Pernah Jauh


Salam, 

Cinta begitu sebati dalam diri setiap insan. Macam tu juga dengan aku. Tak terlepas dari cinta. Sebenarnya aku dan cinta tak pernah jauh. Dalam hati aku sentiasa ada cinta. Setiap hari, setiap detik dan ketika, cinta tetap ada dalam hati aku. Takkan pernah pergi jauh. 

Ye, cinta. Cinta aku terhadap mama dan ayah aku yang telah banyak bersusah payah untuk membesarkan aku dan adik-beradikku. Mendidik kami agar kami berjaya menjadi insan yang berguna kelak. Mereka tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang buat kami. Dengan rasa cinta inilah kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dengan rasa cinta inilah kami dibelai dan dimanja. Aku dan cinta tak pernah jauh. 

Ye, aku dan cinta tak pernah jauh. Cintaku terhadap adik beradikku sentiasa mekar di hati. Gelak tawa, senda gurau menjadi pengubat rindu tatkala kami berjauhan. Perpisahan yang jadi ini mewujudkan jurang antara kami tapi di sebalik perpisahan ini, rupa-rupanya kami menjadi semakin akrab. Masa kecil dulu, pantang berjumpa. Macam anjing dengan kucing. Ada sahaja yang tak kena. Tapi sekarang, kami lebih menghargai detik2 ini. Gaduh2 kecil tu biasalahkan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak kakak dan adik. 

Ye,benar sekali. Aku dan cinta tak pernah jauh. Allah menganugerahkan rasa cinta itu dalam diri setiap insan untuk kita merasai betapa indahnya cinta. Untuk kita mensyukuri nikmatNya. Allah menjadikan cinta itu bukan untuk kita melakukan dosa tapi untuk kita meraih pahala. Jadi janganlah kita salah guna pulak cinta itu.
"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..."
#NoteToMyself
Tapi walau apapun, semua orang tahu bahawa CINTA yang lebih penting adalah cinta kita terhadap Allah dan Rasul-Nya. Itulah Cinta yang sebenar-benarnya. Pupuklah ia, bajalah ia di taman hati. Mudah-mudahan kita juga merasakan cinta itu. InsyaAllah, Amin.. Cinta yang sebenarnya yang perlu kita dambakan. 

"Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang begitu mencintaiMu melebihi apa pun. Ya Rasulullah, mudah-mudahan kami menjadi salah seorang kekasihmu yang sangat mencintaimu... Amin.. "

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment