◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, February 14, 2013

Hidup Tak Selalunya Indah dan Mudah

Comelkan gambar ni ? hehhe
Salam , 

Dalam kehidupan seharian , kita sedar bahawa hidup ni tak semudah menulis A,B,C dan juga tak semudah membaca Alif, Ba ,Ta . Kehidupan ni pastinya banyak sekali dugaan dan cabaran yang akan melanda,bak kata kawan aku , tak payah pergi jauh2 lah , tengok je kat sekolah dulu. Berapa banyak ujian yang kita kena ambil. Ujian Berkala 1 lah , Berkala 2 lah , Pertengahan Tahun lepas tu Ujian Akhir Tahun. hehe.  Daripada markah yang kita dapat dalam ujian tu pulak yang menentukan pula kita ni masuk kelas mana sama ada kelas pertama ? kedua? ketiga? atau mungkin kelas terakhir? Untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik , masing2 berusaha untuk ke kelas pertama. Itupun merupakan satu ujian dalam kehidupan jugak tu kan? heehee.. 


"In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson."


Sakit pening , loya nak muntah , migrain, pun ujian juga. Ada duit banyak (kekayaan lah tu maksudnya), ramai orang sayang, ramai sahabat2 yang baik  tanpa kita sedar tu pun ujian jugak sebenarnya. Kenapa? Sebab hidup ni tak selalunya indah dan mudah. Semua itu nak uji kita sama ada kita ni makin dekat dengan Allah yang Maha Kuasa atau tidak. Dalam hidup ni tak semuanya indah macam yang selalu kita fikirkan. Kata orang hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah.

Janganlah disebabkan angan-angan yang indah , kita tenggelam di lautan fantasi hanyut dibuai mimpi. Kita kena tahu hidup ni tak selalunya indah. Ada suka dan duka. Tak lengkap Tuan Happy tanpa Puan Sedih. Tak lengkap juga Encik Senyuman tanpa Cik Tangisan.

Hidup tak selalunya indah dan mudah kerana pasti dalam perjalanan kita menuju kejayaan, dugaan dan cabaran datang bersilih ganti. Dalam hidup tak semuanya akan putih, pasti akan ada pelbagai warna lain . Macam lukisan . kalau putih je , jemu dan bosan orang pandang . Tapi kalau ada warna biru , hijau , pink mesti orang akan tertarikkan? Macam tu jugak dengan kehidupan. Kalau asyik putih je warnanya pasti membosankan. Sebab tu Allah jadikan siang dan malam. Siang untuk bekerja, malam untuk berehat. Kalau asyik siang je tanpa malam , mesti bosankan? 


Dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
(P Ramlee: Barang Yang Lepas)


Dijadikan ujian agar kita lebih menghargai saat indah yang hadir dalam hidup ni. Sebab kadang2 manusia tak pernah appreciate detik indah yang hadir dalam hidup Bila semua itu dah pergi jauh , barulah nak dikenang-kenang. Bak kata P Ramlee , "barang yang lepas, hai janganlah dikenang. Kalau dikenang hai meracunlah diri " .  bak kata kak Aina pula, "Hidup ini sentiasa ada turun naiknya. Kadang-kadang kita berlama-lama duduk di atas, ada ketika kita turun ke bawah pula. Dunia juga berubah-ubah. Ada masa ia menjadi besar bila kita mencari dan tak jumpa, ada masa ia menjadi kecil bila yang kita sangka berada jauh, rupa-rupanya ada dekat sahaja. Apa sahaja yang berlaku, setiap pengalaman itu adalah satu pengetahuan dan pelajaran buat kita. Semakin lama, semakin matanglah kita, insyaAllah."

***Berfikir seketika...

2 comments: